ICERD: Perangai PH Sebijik Macam Pelobi Zionis

oleh Ab Jalil Backer

Sekarang Pakatan Harapan menyalahkan UMNO kerana menghasut rakyat sedangkan Kerajaan tidak berhasrat untuk meratifikasikan ICERD. Kononnya sekadar kajian sahaja macam BN buat pada 2011.

Pelobi-pelobi cap ayam PH mula menulis Kononnya UMNO ketandusan isu dan menjadikan ICERD sebagai batu loncatan. Kerajaan tidak akan meratifikasikan ICERD. Waytha Moorthy hanya bercakap sebagai individu bukan kerajaan.

Ini perangai pelobi zionis di Amerika Syarikat dan seluruh dunia. Walaupun salah sendiri, mereka akan cuba menukar perspektif supaya kesalahan itu kerana pihak lawan.

Rakyat jangan lupa orang pertama yang membangkitkan isu untuk meratifikasikan ICERD adalah Tun Mahathir Mohamad sendiri di PBB. Bukan sahaja di PBB, malah sehingga minggu lepas Mahathir masih ada niat meratifikasikan ICERD cuma bimbang penentangan rakyat.

Jika tidak kerana masyarakat Bumiputera dan orang Islam bangun menentang hampir pasti kerajaan akan meratifikasikannya.

Mahathir hanya berkata “almost impossible” meratifikasinya apabila melihat penentangan yang kuat dari orang Melayu. Kerajaan hanya mengendurkan hasrat mereka bila Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kemungkinan berlaku rusuhan kalau kerajaan meneruskan hasrat ini.

Sekarang mereka mahu menjadikan Ahmad Zahid sebagai “kambing hitam” dalam isu ini. Kononnya Zahid cuba mencetuskan rusuhan. Realitinya Mahathir adalah punca rakyat marah.

Sebenarnya banyak sangat pemimpin lidah bercabang dalam Kerajaan hari ini. Cakap berbelit-belit.

Related Articles

One Comment

  1. Memang menghairankan, tapi bila dikaji balik..apa nak hairan. Mula-mula mereka yang timbulkan, bila dah kecoh kemudian cuba salahkan pihak lain pulak.

    Tun amat tegas ketika menjadi PM ke-4. Jika perkara sensitif seperti icerd ini timbul pada zaman itu, rasanya takkan ada media yang berani memainkannya..lenyap begitu sahaja.

    Adakah ini hanya sekadar tindakkan pemesongan daripada isu-isu semasa yang masih tidak dapat diselesaikan seperti nilai ringgit jatuh kepada usd4.20, kemelut PTPTN, harga sawit getah menjunam, memenjarakan penyamun wang negara, skim perumahan yang mengkayakan developer, menteri-menteri yang nampak kurang bijak bila mengulas sesuatu isu..dan macam2 lagilah

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker