Agensi Penarafan Antarabangsa Peduli Apa Dengan “Persetujuan” Siapa!

Ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri, beliau begitu memantau dan menjaga sungguh penarafan kredit oleh agensi penarafan antarabangsa seperti Fitch, Moody dan sebagainya.

Pada beliau, penarafan kredit ini penting bagi perniagaan di peringkat antarabangsa – benda yang ramai di kalangan penyokong regim Malaysia baru terlalu bodoh untuk nampak kepentingannya kepada ekonomi negara kita pasal tak sampai situ tahap mengajinya.

Banyak pihak dalam dunia merujuk kepada rating yang diberikan agensi penarafan seperti ini sebelum menjalankan perniagaan dengan pihak yang satu lagi dan sebagai sebuah negara, perniagaan antarabangsa ini penting untuk ekonomi kita.

Sebab itu kita masih ingat pada ketika itu, bila Najib mengumumkan kenaikan rating yang diberikan agensi penarafan antarabangsa ini, kalangan penyokong pembangkang pada waktu itu, nampak blur blur apa yang cuba disampaikan, pasal mereka bangang.

Padahal perkara itu ada kepentingan yang begitu besar.

Boleh Google sendiri apa yang dimaksudkan dengan itu tapi lebih kurang maksud, agensi penarafan yang memberikan rating ini macam doktor yang menentukan sihat tak sihat sesuatu ekonomi itu, lagi rendah bacaannya, lagi bermasalah maksudnya.

Sekarang bila agensi penarafan antarabangsa menurunkan rating Petronas, ada pulak pihak dalam regim yang “tidak bersetuju” dengan keputusan tersebut.

Macamlah agensi penarafan ini peduli.

Agensi penarafan antarabangsa macam ini bukan boleh diputar belit atau diarah atau dibayar luntuk mengeluarkan laporan bagi memuaskan hati sesiapa macam yang dilakukan dulu kepada sesetengah media antarabangsa untuk mencemarkan imej Najib dalam isu SatuMDB.

Diakhirnya terbukti tidak ada satu pun tuduhan mencuri/merompak yang dikenakan terhadap Najib sekalipun dah didakwa begitu sejak dari tahun 2015 lagi, siap kertas pendakwaan apa semua lengkap kata mereka.

Agensi penarafan ini ada reputasi di kalangan negara dalam dunia yang nak dijaga. Terima sajalah hakikat bahawa ada perkara berkaitan ekonomi yang tidak diuruskan dengan betul sekarang ini.

SEBAB ITU RATING TURUN.

3 thoughts on “Agensi Penarafan Antarabangsa Peduli Apa Dengan “Persetujuan” Siapa!

  • November 18, 2018 at 2:09 pm
    Permalink

    perasuah guan eng cuma perlu ajak rating antarabangsa tu duduk minum kopi untuk kembalikan rating Petronas kepada positif dari negatif

    Reply
  • November 19, 2018 at 8:38 am
    Permalink

    Benda yang sama, kenapa pulak bank perlu rujuk CTOS, syarikat swasta kepunyaan cina untuk tahu kedudukan kewangan bakal peminjam sedangkan CCRIS bank negara dah ada? Apakah syarikat cina tu berkuasa sangat daripada bank negara?

    Reply
  • November 21, 2018 at 1:48 am
    Permalink

    Susunan menteri kabinet pun macam nak jaga hati parti komponen saje. Nasib baik lantik Menteri Kewangan yang cuma buat silap titik perpuluhan..Kalau diletaknya Mat Sabu jadi menteri kewangan..lagilah naya

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *