Sokong ICERD Ini Bukti Memperjuangkan Melayukah?

Difahamkan Datuk Seri Zahid Hamidi pernah diminta untuk membubarkan UMNO oleh pemimpin parti lawan kerana parti itu kononnya sudah tidak lagi memperjuangkan orang Melayu.

Perkara ini sudah disahkan oleh semua yang terlibat, maka itu tidak timbul isu fitnah.  Bezanya, Zahid dedah butir perbincangan (diminta bubar UMNO) awal lagi – tak lama selepas berjumpa dan pihak yang satu lagi baru mengesahkan butiran tersebut, kelmarin.

Cuma persoalannya kenapa permintaan seperti itu wujud bila tiada sebab untuk ianya berlaku?

Sebelum kita membincangkan hal itu, suka diingatkan bahawa ironinya, perkara ini hanya berkait antara UMNO dengan satu parti lawan yang diketahui mempunyai jumlah kerusi yang agak corot di kalangan 4 parti komponen dalam pakatan pemerintah sedia ada, begitu aktif memancing ahli parlimen UMNO untuk menyertai mereka.

Parti ini saja, parti-parti lain dalam pakat yang sama, tak pulak nampak kebulur nak ahli UMNO (sebut ahli parlimen) menyertai mereka.

Ini seterusnya menimbulkan persoalan adakan permintaan tersebut wujud kerana UMNO tak lagi memperjuangkan orang Melayu atau sebab nak mengukuhkan partinya sendiri?

Tanya.

Di kedai-kedai kopi dan banyak platform media sosial, dah banyak orang kata, alasan kedua itulah sebab utamanya.  Kerana semua orang tahu, dalam kenyataan yang sama, selepas UMNO dibubarkan, semua ahlinya (termasuk ahli parlimen), masuk dalam satu parti ini sahaja pulak.

Kenapa?

Lagipun, tang mana logik yang UMNO ini tidak lagi memperjuangkan orang Melayu?  Apa dalam perlembagaan UMNO mengenai perjuangan orang Melayu ini yang telah dipinda sehingga dikatakan sedemikian?

Bercakap tentang isu ICERD yang nak diusahakan regim sekarang, apakah itu buktinya bahawa mereka memperjuangkan nasib orang Melayu sehingga UMNO diminta untuk dibubarkan?

Justeru, betullah tindakan Zahid untuk tidak melayan permintaan yang seperti ini kerana jelas alasan orang Melayu itu hanyalah permainan bibir saja, taknak nampak bodoh bila wartawan tanya.  Hakikatnya, ini hanya bertujuan politik, demi survival keturunannya yang akan datang.

Tidak lebih dan tidak kurang.

Related Articles

3 Comments

  1. ICERD?
    Apa yang mahu dikecohkan pasal Icerd? Kalau BN masih memegang kuasa, hal2 icerd ini tidak akan dibincangkan. Jika ada yang mengusulkan pun, awal2 lagi BN tak akan layan dan tidak akan dipolitikkan. Bagi penyokong Umno, sah2 icerd ini tidak akan diterima dan tak perlu dibualkan berminggu2. Buang masa…

    ICERD ini patut ditanya penyokong2 PH sahaja kerana penyokong2 & pengundi2 PH adalah terdiri daripada :

    1) Bangsa Melayu tak sedar diri (Kalau malas berusaha dan mengharapkan kerajaan jolok duit, sokong parti mana pun anda tetap miskin)
    2) Bangsa Melayu Islam sekular (Nama saja Islam tapi hidup bersandar kepada logik akal)
    3) Bangsa songsang -LGBT & penyokong LGBT (Mereka fikir kalau PH menang hak mereka terjamin)
    3) Bangsa kafir ultra kiasu (bangsa tak sedar diri menumpang Tanah Melayu)

    Sekarang hal berkaitan perempuan patut dikhatan atau tak pun mereka mahu masuk campur. Ada Timbalan Perdana Menteri Islam pun tak berani beri kata putus..phuiilaahh.

    Jadi sekiranya anda berbangsa melayu dan beragama Islam dan menyokong Pakatan Harapan Laknat..lihatlah malapetaka apa yang telah anda mulakan!!!

  2. apa agaknya nasib melayu Islam liberal seperti mahathir & lain2 bersama orang kafir yang menang berkuasa atas dasar fitnah di padang mahsyar nanti? mereka ini bukan sahaja membuat fitnah malah bersama-sama & membiarkan orang kafir bebas campur tangan, memperkata sehingga memperlekeh segala hal berkaitan Islam…berkaitan ICERD, ianya seolah-olah memberi gambaran Islam tidak berlaku adil pada orang bukan Islam sedangkan semua bangsa & agama di Malaysia hidup harmoni & bertolak ansur(lebih2 lagi bangsa Melayu Islam) sejak merdeka…hanya apabila PH(didominasi orang bukan Islam) memerintah Islam dilihat tidak berlaku adil

    what a bullshit yo waytha moorthy!

    sungguh memualkan bila hal berkaitan khatan perempuan Islam ini yang seharusnya dianggap perkara peribadi seseorang Muslim diperkatakan seolah-olah ibu bapa Muslim yang mengkhatankan anak perempuan mereka telah melakukan pencabulan hak asasi manusia

    kalau sepat TPM sendiri tidak dikhatan & anak perempuannya juga tidak dikhatan, janganlah hendaknya TPM bersetuju dengan mereka yang menentang anak perempuan Islam dikhatan oleh ibu-bapa mereka…adalah lebih baik & mulia TPM tidak bersetuju apatah lagi menyokong namun jika sebaliknya, TPM harus bersuara buat kata putus minta hal ini dihentikan tidak lagi diperkatakan….wan azizah ialah seorang perempuan jadi wan azizah tidak boleh berdiam diri…PM tidak bersuara sebab dia lelaki

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker