Para pendidik tidak tahan dengan Maszlee lagi

Pendidik tolak Maszlee, mahu Anwar sebagai menteri?

Aznan Bakar16 November 2018 9:57 PM
ADAKAH kemungkinan Anwar Ibrahim akan dilantik sebagai Menteri
ADAKAH kemungkinan Anwar Ibrahim akan dilantik sebagai Menteri Pendidikan terlebih dahulu bagi menggantikan Dr. Maszlee Malek, sebelum Ahli Parlimen Port Dickson, mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Dr. Mahathir Mohamad?
“KALAU (Tun) Dr. Mahathir Mohamad tidak mahu melepaskan jawatan Perdana Menteri pun, bagilah (Datuk Seri) Anwar Ibrahim jadi Menteri Pendidikan terlebih dahulu,” itu antara perbualan segelintir guru yang dikatakan semakin tidak `senang’ dengan polisi-polisi mengejut dan luar jangka di bawah kepimpinan Ahli Parlime Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malek.

Sejak dilantik memegang portfolio kanan dalam Kabinet kerajaan Pakatan Harapan, Dr. Maszlee sudah beberapa kali menjadi tumpuan nasional ekoran dasar-dasar baharu yang diumumkannya.

Selain kedudukannya sebagai Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang terus menjadi sasaran kritikan, Dr. Maszlee dilihat kerap membuat perubahan atau memperkenalkan polisi-polisi tanpa mengambil kira kemampuan dan keupayaan guru.

Ketika janji-janjinya untuk mengurangkan beban guru termasuk membebaskan guru daripada kerja-kerja perkeranian belum tertunai, Dr. Maszlee tampil pula dengan idea supaya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diadakan pada bulan September.

Atas faktor logistik, cuaca dan kebajikan pelajar, Dr. Maszlee berkata, jadual peperiksaan SPM akan diawalkan selewat-lewatnya akhir September atau awal Oktober bermula 2019.

Walaupun beliau berkata, antara jadual peperiksaan yang diawalkan itu terdiri daripada subjek pilihan atau elektif yang kandungan sukatan pelajarannya bersifat kemahiran dan mengandungi kerja kursus, namun bagi para guru itu merupakan satu lagi cabaran serta bebanan yang perlu mereka tanggung.

Antara persoalan yang ditimbulkan, jika SPM diawalkan ke bulan September, bagaimana pula dengan peperiksaan lain?

Pada bulan berapa pula Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan diadakan? Bagaimana pula dengan Penilaian Tahap Tiga (PT3)? Adakah akan diadakan serentak dengan SPM atau diadakan lebih awal?

Semua persoalan ini berlegar-legar di fikiran guru kerana jika sistem jadual SPM yang baharu itu mula dilaksanakan pada September atau Oktober tahun depan, bemakna para guru mempunyai masa tidak sampai setahun untuk menyesuaikan sistem pengajaran dan pembalajaran supaya sesuai dengan jadual baharu tersebut.

Jika peperiksaan utama lain juga diawalkan, bagaimana pula dengan kesediaan guru? Adakah guru-guru bersedia untuk menghabiskan sukatan pelajaran atau silibus yang banyak itu dalam masa yang singkat?

Sekiranya peperiksaan diawalkan, maka sukatan pelajaran juga perlu dihabiskan lebih awal. Ini bagi memberi ruang dan masa untuk guru-guru terbabit membantu para pelajar mengulangkaji pelajaran. Jika untuk calon SPM mereka perlu mengulangkaji pelajaran tingkatan empat.

Sepatutnya, apabila tarikh peperiksaan dipercepatkan, sukatan pelajaran perlu dikurangkan supaya para guru mempunyai cukup masa untuk mengajar.

Menurut pada guru, pada masa sekarang skop sukatan pelajaran terlalu banyak untuk dihabiskan. Jika, jadual peperiksaan dipercepatkan kemungkinan ia tidak sempat untuk dihabiskan.

Ini yang mereka kesalkan dengan Dr. Maszlee sebagai Menteri Pendidikan kerana beliau lebih suka mengumumkan polisi baharu terlebih dahulu dan mengkajinya kemudian.

Sebagai seorang ahli akademik, Dr. Maszlee sepatutnya lebih memahami perjalanan dalam sistem pendidikan negara, dan memastikan setiap sesuatu polisi yang mahu dilaksanakan itu telah melalui kajian terperinci terutama kesan yang bakal ditanggung oleh guru dan pelajar.

Sebelum ini Dr. Maszlee telah mengumumkan 12 inisiatif ang akan dilaksanakan pada peringkat sekolah tahun hadapan berteraskan kasih sayang, kegembiraan dan saling menghormati termasuk jaminan tiada lagi kerja perkeranian untuk guru bermula 2019.

Kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. Maszlee juga mengelirukan seperti memperkenalkan sistem pentaksiran baharu bagi menggantikan peperiksaan murid Tahap 1 yang melibatkan pelajar tahun satu, dua dan tiga.

Dr. Maszlee juga mengelirukan warga pendidikan tinggi apabila mengumumkan Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) akan dimansuhkan. Sedangkan keseluruhan pentadbiran dan pengurusan universiti tertakluk kepada AUKU.

Adakah maksud Dr. Maszlee ketika mengumumkan untuk memansuhkan AUKU itu adalah meminda AUKU pada perkara yang merujuk kepada aktiviti pelajar?

Semua pihak sedar beban yang ditanggung oleh guru. Ia bukan perkara baharu dalam dunia pendidikan ekoran guru-guru terpaksa melakukan tugas yang diarahkan yang langsung tidak ada kaitan dengan tugas hakiki guru sebagai seorang pendidik.

Bayangkan guru-guru perlu menguruskan fail, merekodkan dokumen dan pelbagai tugas lain termasuk menjadi pengiring atau penyelia apabila berlangsung sesuatu acara melibatkan mana-mana kementerian.

Oleh itu, sebelum sesorang menteri itu membuat pengumuman untuk melaksanakan polisi baharu seperti mempercepatkan tarikh peperiksaan penting, keupayaan dan kesediaan guru faktor utama yang perlu diambil kira.

Sikap Dr. Maszlee yang dikatakan selalu tergesa-gesa dalam melaksanakan sesuatu polisi seolah-oleh memberi gambaran beliau tidak cukup cekap untuk mengendalikan kementerian yang sangat penting seperti Kementerian Pendidikan.

Kerana itu ada cakap-cakap supaya sebelum mengambil alih tampuk pentadbiran negara daripada Dr. Mahathir, adalah lebih elok jika Anwar dilantik mengetuai Kementerian Pendidikan terlebih dahulu.

Mereka berharap, pengalaman Anwar mengendalikan kementerian itu sebelum ini dapat membantu mengurangkan keluh-kesah golongan pendidik ketika ini ekoran sentuhan Dr. Maszlee yang lebih banyak membawa kepada kekeliruan

Utusan

Related Articles

3 Comments

  1. Kalau menteri dilantik dari kelompok yang sama iaitu PH, ia tidak memperbaiki keadaan.

    Pemerintahan sesebuah kerajaan tidak akan menjadi lebih baik jika dilihat dari sudut yang sempit. Kerajaan baharu ini dirasakan tidak mengubah apa-apa atas sebab-sebab yang boleh difahamkan iaitu kononnya PH lebih baik berbanding BN.

    Jadi, lantiklah sesiapa pun dalam kelompok yang sama, janji PH belum tentu dapat ditunaikan.

  2. Berilah peluang kpd Mazlee ini untuk mengetengahkan bakat beliau. Mungkin sebelum ini beliau rasa nak habiskan PHD lebih sukar daripada kerja sebagai Menteri pendidikan. Jadi menteri kan mudah!! Pakai arah2 saja.
    Tengoklah sekarang, dek asyik kena saiko hari-hari dengan rakyat, sampai panas telinga. Reporter tanya pun bila menjawab macam nak balas dendam aje..

    Harap dapat beri beliau peluang ye..he3

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker