ICERD: Jangan dijolok sarang tebuan, jangan dikacau harimau yang diam – Ahmad Maslan

UMNO dan Pas akan bersama-sama berarak di jalan raya jika kerajaan Pakatan Harapan (PH) tetap meneruskan hasrat untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Datuk Ahmad Maslan (BN-Pontian) berkata, ini kerana ICERD merupakan satu bentuk penjajahan yang didominasi oleh kuasa luar dan tiada kuasa sebesar mana pun yang boleh mengatasi hak kedaulatan negara ini.

“ICERD tidak disahkan sejak puluhan tahun, tetapi mengapa sejak era kerajaan PH ini ia dibangkitkan, jika Pas akan berarak di jalan raya, UMNO sudah pasti akan bersama.

“Kita sudah mulakan demonstrasi ini, jangan dijolok sarang tebuan, jangan dikacau harimau yang diam, kelak akan disengat dan akan diterkam,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 peringkat dasar dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker