Bacaan Oximeter Mungkin Kurang Tepat Bagi Berkulit Gelap – NHS

Bacaan Oximeter Mungkin Kurang Tepat Bagi Berkulit Gelap – NHS

PERKHIDMATAN Kesihatan Britain (NSH) beri amaran kemungkinan peranti yang digunakan bagi memantau tahap oksigen dalam darah pesakit COVID-19 di rumah, oximeter, mungkin memberikan bacaan kurang tepat bagi mereka yang berkulit lebih gelap.

NHS dalam kenyataan berkata ada laporan bahawa ‘pulse oximeter’ memberikan bacaan kurang tepat bagi individu berkulit lebih gelap kerana mungkin menunjukkan tahap oksigen dalam darah yang lebih tinggi.

Alat itu berfungsi apabila dipasang pada jari dan memancarkan cahaya menerusi kulit seseorang untuk mengukur tahap oksigen dalam darah.

Panduan yang dikemas kini untuk penghidap virus itu dimuatnaik di laman web utama NHS dengan memberi amaran terdapat beberapa laporan yang mungkin kurang tepat jika anda mempunyai kulit sawo matang atau gelap.

“Ia mungkin menunjukkan bacaan lebih tinggi berbanding tahap oksigen dalam darah anda.” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menambah apa ang penting adalah pemeriksaan berkala untuk melihat jika paras oksigen turun.

Menurut Pengarah NHS Race and Health Observatory, Dr Habib Naqvi masalah itu mempengaruhi komuniti Asia yang pelbagai dan berkulit gelap.

“Kita perlu memastikan ada pengetahuan umum mengenai potensi batasan dalam peralatan dan peranti penjagaan kesihatan, terutama bagi penduduk yang berisiko tinggi menghidap penyakit yang mengubah hidup.

“Ini termasuk masyarakat kulit hitam, Asia dan pelbagai yang menggunakan ‘pulse oximeter’ untuk memantau tahap oksigen mereka di rumah,” katanya.

NHS membekalkan alat oximeter kepada mereka yang mempunyai gejala virus, berusia lebih 65 tahun atau rentan secara klinikal.

Bacaan Oximeter Mungkin Kurang Tepat Bagi Berkulit Gelap – NHS


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lelaki Britain tikam sembilan ekor kucing

Jangan berhimpun atau tindakan akan diambil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker