Guan Eng dan pegawai khasnya bercanggah kenyataan – Najib

Baru beberapa hari lalu, pegawai khas kepada Menteri Kewangan kata tindakan syarikat penarafan kredit antarabangsa Moody’s untuk menurunkan penilaian prospek Petronas daripada stabil kepada negatif. bukan satu “downgrade”.

Selang beberapa hari kemudian, Menteri Kewangan pula kata dia tidak setuju dengan langkah Moody’s untuk “downgrade” penarafan Petronas.

Dua kenyataan bercanggah antara satu sama lain dari kementerian yang sama. Mungkin mereka tiada grup Whatsapp.

Terpulang kepada mereka jika tidak mahu mengaku “downgrade” atau tidak bersetuju dengan langkah “downgrade” itu. Hakikatnya, kos peminjaman dan kos untuk kita bayar faedah dah naik, lebih-lebih lagi jika penarafan kredit negara turut terkesan.

Selepas pengumuman Moody’s pada Khamis lalu, saya perhatikan nilai Ringgit kita menjunam dari RM4.16 ke RM4.19 pagi ini dan masih mengalami penurunan.

Ini tentu akan menambah tekanan kepada Rizab Antarabangsa Negara yang telah turun setiap bulan selepas PRU14.

Langkah Moody’s untuk turunkan penarafan Petronas berikutan belanjawan 2019 di mana kerajaan akan menjarah Petronas untuk membayar dividen RM26 bilion untuk tahun ini dan RM54 bilion untuk tahun depan berbanding RM16 bilion untuk tahun 2017 di bawah kerajaan BN.

Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker