Penipu Harapan Rakyat Pun Ramai Jalan Tersenyum – Tanpa Rasa Bersalah

Berlaku dalam negera antah berantah.

Ada pemimpin negara itu complain bagaimana zaman ini orang ke penjara boleh tersenyum kata dia.  Tak tahulah siapa yang dirujukan tapi kalau negara berkenaan ada undang- undang dimana penipu rakyat dalam pilihanraya boleh dihukum, kita boleh agaklah siapa yang dimaksudkan tu ya?

Kalau golongan itu yang dimaksudkan, memang ramai yang selamba tersenyum pun sebab tak boleh dikenakan apa-apa tindakan, di hantar ke penjara apatah lagi.  Alasan macam-macam tapi dengan rekod kewangan kerajaan dibentangkan setiap tahun, tak masuk akal kalau kata tak tahu itu dan ini.

Justeru, mungkin dah sampai masa penipu jenis macam itu dikenakan tindakan sebab jelas menyusahkan berjuta orang. Sakit hati pulak bila penipu jenis berkenaan lepas bebas tanpa boleh  dikenakan apa-apa dan dengan selamba menuduh orang sana jahat orang sini tak baik.  Macamlah dia baik sangat.

Sedangkan rakyat kalau menipu rakyat yang lain, boleh dikenakan tindakan, tapi yang menipu dalam pilihanraya, tak kena apa-apa.  Dah macam cerita 3 Abdul, anakanda marah hilang harta, ayahanda marah, tak kena apa-apa.

Tak kena ni.

Perkara ini bukan kira sesiapa. Mana-mana parti politik pun esok kalau didapati melakukan yang sedemikian, maka hukumlah mereka. Sebab itu disaran agar perkara ini diundang- undangkan.

Kita rakyat dah merasa serik ditipu.  Tak percaya, tanya drebar teksi dengan peminjam tabung pendidikan – dua golongan masyarakat yang paling ramai terjejas di negara tersebut bila janji tinggal janji walaupun undi dah dibagi.

Lagipun macam tak adil kepada parti saingan yang bersungguh merangka manifesto dengan niat untuk melaksanakanya demi rakyat, tapi kalah kepada janji yang dibuat- buat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *