Derma: Najib Tak Perlu Kata Apa-Apa, Beliau Ada Surat!

Tersebar satu video sekarang yang bermaksud antara lain “Arab kata tak tahu, Najib nak kata apa sekarang?”.  Video ini menjadi trending sehari dua ini.

Apa pun, tanpa perlu membuang data menonton kandungan di dalamnya, kita semua tahu ini merujuk kepada derma RM 2.6 billion yang difitnah kononnya dicuri Datuk Seri Najib Tun Razak dari SatuMDB pada tahun 2013.

Pihak yang berkenaan masih bergelut untuk membuktikan bahawasanya ada duit SatuMDB yang dicuri oleh Najib.  Dari banyak pertuduhan yang dikenakan ke atas Najib sekarang, tak satu pun berkaitan mencuri duit SatuMDB.  Justeru, untuk mengalihkan perhatian rakyat dari bertanyakan mana bukti itu (Najib curi duit), maka ditimbulkan perkara-perkara seperti ini.

Actually, tak payah susah-susah fikir.

Najib tak perlu cakap apa-apa pun sebab beliau ada bukti (surat) wang itu adalah derma datang dari negara tersebut.  Tambahan kepada itu ada juga video kenyataan Menteri negara berkenaan yang mengesahkan ketulenan derma berkenaan.  Takkan Menteri Arab nak sahkan ketulenan derma dari negara lain pulak, dah tentulah dari negaranya sendiri.

Sementara pihak yang kata “Arab tak tahu” itu, tidak ada bukti untuk menyokong kenyataannya, hanya air liur dia saja yang bersembur keluar.  Buktinya tidak ada.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *