Zaman Hari Ni Cakap Individu Terkait Dadah Pun Orang Pakai? Uneducated Sangatkah Kita?

Sampah masyarakat ialah definasi untuk penagih dadah dan gelaran ini bukanlah baru di negara kita.  Dari dulu pun dah digelar macam itu, bukan kita saja suka-suka letak.

Duduk melepak di tepi jalan sambil khayal, menganggu masyarakat, mencuri, merompak dan ada juga kes dimana golongan ini mencederakan penguatkuasa undang-undang yang menjalankan tugas, semua ini seakan mewajarkan gelaran sampah masyarakat tersebut.

Justeru bila ada individu yang pernah dikaitkan dengan golongan sampah masyarakat ini mendakwa ditawar berjuta-juta ringgit kononnya untuk “memaafkan” Datuk Sri Najib Tun Razak dan Datin Sri Rosmah Mansor, ini adalah satu ungkapan paling kelakar yang pernah kita dengar keluar dari mulut seorang yang pernah dikaitkan dengan dadah.

Tak usah kata nak menunjukkan bukti, mana logiknya nak “memaafkan” pun kena bayar berjuta-juta, apa dia fikir dia wali ke – kotlah kita ni ada konsep “memaafkan” yang semacam itu?  Takde pun, jadi tang mana datang keperluan nak kena bayar berjuta-juta pulak?

Besar sangat ke salahnya tu sampai berjuta ringgit perlu dibayar kepada individu hanya untuk “memaafkan” ni pun tak tahu, akal letak mana?  Dah tu macam takde amount lain ke, mesti juta-juta juga?  Dulu ada individu yang kini menjadi Menteri mendakwa dia pun ditawarkan jumlah yang sama untuk melompat parti.

Sampai ke sudah buktinya takde.  Macam-macam gila ada negara ni sekarang.

Dalam masa yang sama, inilah masanya untuk keluarga Najib mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang dikaitkan ini.  Sekarang Najib ada banyak masa dan tidak lagi terikat dengan jawatan Perdana Menteri, justeru tidak nampak ‘kodi’ sangat untuk menyaman mereka yang memfitnah beliau secara terbuka.

Jangan ulangi lagi kesilapan yang dulu.  Asyik terima saja kecaman tanpa mengambil apa-apa tindakan undang-undang. Kat Malaysia ni ramai percaya kalau saman bukti tak bersalah, kalau tak saman bukti bersalah.

Anyway, ini bukan pasal duit sangat, ini pasal membela maruah dari individu yang pernah dikaitkan dengan golongan penagih.  Jangan nanti orang cakap lahabau mana yang penah dikaitkan dengan dadah pun boleh fitnah ikut suka, apa kes pulak kan?

sumber gambar: Internet

One thought on “Zaman Hari Ni Cakap Individu Terkait Dadah Pun Orang Pakai? Uneducated Sangatkah Kita?

  • November 15, 2018 at 9:30 pm
    Permalink

    Kalau dah kerajaan Pee Hancing, tahi anjing tepi jalan pun berguna untuk dijadikan makanan.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *