Kerajaan tidak cukup wang bayar hutang – Najib

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng diminta mengambil perhatian terhadap trend penurunan berterusan rizab antarabangsa negara.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan rizab antarabangsa negara jatuh kepada AS$101.7 bilion (RM422 bilion) selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dan mengalami trend menurun akibat pengaliran keluar berterusan dana pelabur asing dari negara.

Katanya, sebelum itu rizab antarabangsa negara meningkat naik dengan baik.

“Rizab kita sudah jatuh AS$8.3 bilion (RM34.49 bilion) sejak pertengahan April LALU. BNM mengumumkan paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan 0.9 kali hutang luar negeri jangka pendek.



“Kebimbangan saya ialah angka 0.9 kali hutang asing jangka pendek ini. Sebelum PRU-14, tidak pernah saya tengok angka ini di bawah paras 1.0 kali dan biasanya 1.1 kali dan ke atas,” katanya dalam status Facebook, hari ini.

Najib menambah, paras 0.9 kali iaitu di bawah 1.0 kali bermaksud rizab negara tidak cukup untuk membayar semua hutang asing jangka pendek bila dituntut dan merupakan satu risiko baru untuk negara.

“Maksudnya, kita hutang orang asing AS$100 tetapi hanya ada mata wang asing berjumlah AS$90 untuk bayar. Guan Eng perlu ambil perhatian,” katanya. – UTUSAN ONLINE



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker