Lyla Amina nama anak kedua Scha, Awal


Selepas hampir sebulan menimang cahaya mata kedua, pasangan pelakon Scha Alyahya dan Awal Ashaari mendedahkan nama penuh anak mereka iaitu Lyla Amina.

Pendedahan tersebut dibuat secara eksklusif menerusi program SchaAwal Baby Boom 2021 yang bersiaran di Astro Ria sebentar tadi.

Menurut Awal, anak sulungnya Lara Alana, 7, yang mencadangkan nama tersebut kerana hampir sama dengan namanya.

“Lara mulanya mencadangkan nama Lyla dan kami tambah Amina kerana maksudnya yang baik iaitu jujur, setia serta merupakan nama ibu kepada rasul junjungan kita, Nabi Muhammad.

“Jadi saya mengambil kesempatan untuk mengabdikan nama dan maksud yang baik pada anak kedua kami. Doakan Lyla menjadi anak yang solehah,” ujar Awal.

Terdahulu, Scha dan Awal hanya memanggil anak keduanya dengan nama Baby L.

Anak kedua pasangan selebriti itu dilahirkan pada 12 Februari lalu secara pembedahan di sebuah hospital swasta di ibu negara. Awal dan Scha berkahwin pada 4 Mei 2012. K Online

[VIDEO] Scha & Awal Kongsi Wajah Anak Kedua, ‘Baby L’

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker