Awang Selamat Yang Marah-Marah

oleh Ab Jalil Backer

Awang Selamat (Utusan Malaysia) marah dan menuduh Najib Razak menipu ahli UMNO kerana menjawab kepada Al-Jazeera, bahawa beliau tidak memeriksa dari mana keluarga di raja Arab Saudi mengambil wang untuk menderma kepadanya.

Ayat yang lebih kurang sama ditulis oleh Najib Razak:

“There was no reason at that time for me or the beneficiary banks to question or investigate deeper into identifying whether the source of the money was from anywhere else and there was a letter from King Abdullah’s representative attached.”

Apabila orang menderma pada mana-mana pertubuhan atau individu pernahkah kita menghantar surat bertanya dari sumber mana wang tersebut diambil?

Tentu tidak. Kita hanya akan mengucapkan terima kasih atas kemurahan hati penderma.

Malangnya Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia tidak faham jawapan semudah itu dan memilih untuk membelasah seseorang yang sedang berhadapan pertuduhan di mahkamah berbanding membicarakan isu rakyat.

Utusan mungkin berhadapan masalah kewangan dan tulisan tersebut sebagai usaha menggembirakan Mahathir dan Daim.

Tapi ingatlah bertahun lamanya Najib Razak membantu Utusan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Jika Najib Razak bersalah sekali pun usahlah mengherdik beliau.

Leave a Reply