Yang Salahkan Najib Pasal SatuMDB ni Menang Pulak, Macam Mana?

Perjumpaan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan peminatnya semalam (Sabtu), difahamkan memang meriah dan mendapat sambutan ramai.  Melainkan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid, tidak ada pemimpin UMNO lain yang mampu mencapai kemeriahan seperti itu setakat ini.

Maka tidak hairanlah jika ada pihak yang sakit hati dengan sambutan yang diterima.

Najib dalam perjumpaan tersebut menjelaskan banyak perkara termasuk tentang kemerosotan prestasi BN dalam PRU14 yang lepas.  Najib tidak langsung menolak pelbagai pembohongan mengenai SatuMDB ini menyumbang kepada kemerosotan tersebut, tapi itu hanyalah salah satu dari faktornya.

Ramai lagi yang menang (termasuk dua yang memekak), tak salahkan isu SatuMDB pulak kenapa mereka menang?  Sudah tentulah kalau SatuMDB ini faktor terbesar kenapa prestasi BN merudum, bukan saja 2 orang ini tidak menang malah BN tidak akan catat 79 kemenangan kesemuanya dalam PRU14.

Hakikatnya pelbagai penipuan tentang harga minyak, tentang pinjaman yang kononnya nak ditangguhkan, tentang hapus sistem teksi E-Hailing dan sebagainya yang disebarkan pada saat akhir pengundian, menjadi punca ramai merasakan undi pembangkang pada waktu itu adalah pilihan yang baik.

Lepas PRU habis serta satu persatu penipuan terdedah dan semakin ramai buka mata, ada pulak yang cuba nak kendurkan momentum itu dengan menyalahkan SatuMDB sepenuhnya.

Tapi kita ambik positif sajalah, mungkin betul seperti yang dikatakan 2 orang itu bahawa segala macam PENIPUAN pasal SatuMDB ini dulu menjadi punca kekalahan BN – bukan pasal Najib.  Sebab itu mereka menang.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker