Pemberian Tunai, Antara Legasi Najib Yg Diteruskan Regim. Tak “Rasuah” Pulak Ya?

Paklah (Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi) mungkin Perdana Menteri pertama yang mula-mula sekali memberikan wang tunai sebanyak RM 650 kepada rakyat apabila harga minyak naik melambung pada tahun 2008.  Tidak ada Perdana Menteri sebelum beliau yang membuat pemberian tunai dalam skala besar seperti itu.

Tapi ia adalah Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjadikan pemberian tunai kepada golongan rakyat memerlukan sebagai program kerajaan melalui pengenalan BR1M pada tahun 2011.

Pemberian ini dikritik pembangkang pada waktu itu yang menyifatkannya sebagai rasuah kepada rakyat, Najib bagaimanapun tidak peduli.  Demi rakyat, bantuan diteruskan dan jumlahnya dinaikkan dari RM 500 peringkat awal pengenalannya sehingga mencecah RM 1,200 sebelum PRU14 yang lepas.

Malah kalau tak sebab kalah hari tu, BR1M akan menjadi sebanyak RM 2,000 sekarang ini.

Walaupun teruk mengkritik dulu, konsep pemberian tunai kepada rakyat ini masih diteruskan oleh regim Malaysia baru seperti diumumkan dalam Bajet yang lepas sekalipun namanya ditukar kepada lain dan jumlah penerima menurun dengan banyak kepada hanya sekitar 4 juta orang berbanding lebih 7 juta melalui BR1M.

Yang pentingnya, legasi Najib ini masih diteruskan oleh para pengkritiknya bila mereka ambil alih, termasuk yang terkuat sekali.  Hipokritnya, tak pulak pemberian tunai yang ini dipanggal rasuah atau rakyat jadi pemalas kerananya?  Namanya dah lain lah tapi bendanya sama juga.

Sudah-sudahlah menipu.

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker