Apa agenda Aziz Sheikh Fadzir dan Utusan?

Apa agenda Datuk Aziz Sheikh Fadzir? Kenapa memperalatkan Utusan untuk mendesak DS Najib memohon maaf kepada seluruh ahli UMNO kerana isu 1MDB? Apakah Aziz adalah sebahagian daripada games plan Mahathir-Daim untuk terus memecah belahkan perpaduan UMNO selepas PRU ke 14?

Datuk Aziz amat melampau kerana SPRM belum pun membuat sebarang pendakwaan atas fitnah “utama” kononnya Najib mencuri RM2.6 Bilion duit 1MDB. Maka apa asas Aziz untuk menuduh Najib telah bersalah dan mesti meminta maaf?

Beliau sudah mendahului Mahkamah kerana menjatuhkan hukuman bersalah kepada Najib sedangkan 38 pertuduhan yang sedia ada pun tidak ada kaitan dengan tuduhan mencuri duit 1MDB. Ini amat teruk kerana beliau menuduh Najib seorang penipu. Kecuali dia menafikan dia bukan “Awang Selamat “.

Kenapa ini berlaku? Apakah Datuk Aziz tanpa pengetahuan sesiapa turut disiasat oleh SPRM menggunakan AMLA atau “tax evasion”. Strategi Kerajaan PH hari ini ialah mengugut sesiapa sahaja yang dianggap penting kepada UMNO. Aziz adalah Pengerusi Eksekutif/Ketua Pengarang Utusan, akhbar milik UMNO yang amat dibenci oleh PH.

Aziz sudah sama dengan PH yang bimbang populariti Najib akan melenyapkan fitnah bahawa kekalahan BN di PRU ke 14 kerana faktor 1MDB. Bukan kerana janji 100 hari dan kemunafikan Kerajaan PH yang bijak berbohong. Datuk Aziz boleh menafikannya, tetapi dia mesti sedar bahawa tindakannya itu menguntungkan PH dan mengelirukan ahli UMNO.

Tindakan Aziz menggunakan ruangan pojok Utusan “Awang Selamat” untuk menyelar Najib sebagai penipu kebetulan berlaku sehari selepas Najib mengadakan sembang santai fb di PWTC.

Berdasarkan program tersebut, ternyata Najib tetap popular dan disenangi oleh golongan muda yang dahagakan jawapan kepada berbagai isu yang melanda pentadbiran Kerajaan PH hari ini. Terkini viewers video program tersebut ialah 602,656 penonton.

Apakah adil Aziz menggunakan temubual Najib bersama Marry Anne Jolley dari Al Jazeera untuk membuat kesimpulan bahawa Najib adalah bersalah. Semua tahu Marry pernah dihalau daripada Malaysia pada tahun 2015 kerana sikap hipokrit beliau. Lihatlah soalan beliau yang cuba mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya.

Kalau Aziz mahu memelihara professionalisme kewartawanan Utusan, dia sepatutnya menghantar wakil Utusan pula menemubual Najib terutamanya apa maksud Najib dia tidak boleh semak sumber dana politik yang masuk ke akaun peribadi beliau. Sedangkan Najib juga sudah memuat naik 6 printscreen dokumen ke dalam fb beliau pada 10.9.2018. Ia bukti sumber dana politik yang beliau terima.

Bahkan apa salahnya dia hantar wakil Utusan menemui Menteri Luar Saudi yang pernah membuat kenyataan bahawa dana itu adalah tulin daripada Raja Arab. Kenyataan Saifuddin Abdullah baru baru ini tidak boleh pakai kerana itu bukan keluar daripada mulut Menteri Luar Saudi sendiri.

Bahkan pada penghujung tahun 2015, DS Zahid pernah menyatakan dia telah berjumpa sendiri keluarga penderma.

Justeru, Aziz perlu meminta maaf kepada Najib kerana terlalu gopoh membuat kesimpulan. Kalau dia enggan maka eloklah ahli UMNO “Memboikot” Utusan.

Mohd Puad Zarkashi
5.11.2018

Related Articles

One Comment

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker