Zaman Najib PM, Belum Pernah Berlaku Bawa Cucu Pergi UN

Sepanjang Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri sejak April 2009 hingga Mei 2018, beliau sudah tentu ada banyak kali (kalau tak setiap tahun) menghadiri United Nation General Assembly (UNGA) di UN, New York.

Tapi, saya tidak ingat pada bila-bila masa beliau ada membawa anak cucunya menghadiri perhimpunan di United Nation (UN).  Kalau anak tu mungkin boleh diterima lagi tapi cucu? Padahal kita semua tahu Najib kerap dihambat dengan isu macam itu dulu (bawa keluarga dalam lawatan rasmi) tapi apa pun, hal membabitkan membawa cucu, tak pernah sekali.

Jika saya tersilap, saya minta maaf tapi saya dah periksa semua arkib yang boleh dicapai, tak jumpa pula dimana-mana Najib ada membawa cucunya sekali ketika menghadiri UNGA atau mana-mana lawatan rasmi for that matter.

Mungkin ramai dari kita ingat cucu Najib hanya seorang melalui anak perempuan sulungnya dengan Datin Sri Rosmah tapi dari 3 orang anak dalam perkahwinan yang terdahulu, sepengetahuan saya, Najib sudah ada beberapa orang cucu, sekurang-kurangnya dua.

Saya rasa Najib cukup berhati-hati dalam perkara ini kerana pesawat dan pegawai yang mengiringi tu nanti bukan keturunan beliau yang punya, tapi kerajaan dan rakyat.  Minyak dan segala perbelanjaan tu mesti diakhirnya nanti akan menjawab kepada rakyat juga kan?

Tak seperti ketika melawat negara macam China dimana ahli keluarga di alu-alukan mengikut tradisi negara tersebut, lawatan ke UN ini tidak nampak apa keperluannya membawa ahli keluarga seperti cucu apa bagai ni mengikut sekali dan Najib rasanya sangat berjaga-jaga tentang itu.

Jadi dalam hal ini saya sangat menghormati Najib kerana begitu mengambil berat akan perkara-perkara seperti ini.  Padahal, waktu Najib memerintah, tidak ada isu negara terbeban dengan hutang yang tinggi dan seperti itu pun, tapi Najib tetap tidak mengambil kesempatan dengan membawa cucu melawat luar negara atas urusan rasmi dan sebagainya.

Itulah Najib dan tidak hairanlah pada waktu ini, ramai merindui zaman pemerintahan beliau.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.