Tuduhan membayar tertuduh kes bunuh Morais adalah karut – Najib

Sebentar tadi, agensi berita nasional BERNAMA mengeluarkan artikel dengan menggunakan tajuk “Najib tawar RM3.5j jika mengaku bunuh Kevin Morais: Tertuduh”. Artikel ini turut digunakan oleh beberapa portal berita lain.

Sudah tentu mereka yang tidak mudah terperangkap dengan hanya membaca tajuk sahaja pasti akan mendapati sesuatu yang pelik selepas membaca sepenuhnya andungan artikel itu.

Terdapat 7 orang dituduh dalam kes pembunuhan ini.

Hanya orang kena tuduh (OKT) yang ke-7 tiba-tiba mendakwa saya menawarkan RM3.5 juta melalui seorang pegawai penjara yang tidak dinamakan untuk mengaku membunuh Kevin.

Sebelum menuduh saya, OKT7 ini juga pernah menuduh adik kepada Kevin Morais menawar RM2 juta kepadanya untuk mengaku membunuh Kevin. Dan sebulan sebelum itu, OKT7 juga mendakwa bahawa Dr Kunaseegaran yang turut didakwa dalam kes ini telah menawarkan RM1.5 juta bagi mengaku membunuh Kevin.

Tuduhan OKT7 ini untuk melibatkan nama saya nampaknya sangat mengarut.

Sebenarnya, pertama kali nama saya dikaitkan dengan pembunuhan Kevin dibuat portal Sarawak Report yang mendakwa kononnya Kevin dibunuh kerana dia terlibat dalam penyiasatan kes 1MDB ataupun SRC.

Pada masa itu, saya menganggap tohmahan Sarawak Report ini juga amat mengarut kerana ramai yang terlibat dalam siasatan untuk setiap kes. Tidak logik bahawa Kevin seorang yang dijadikan mangsa tetapi ramai lagi yang menyiasat masih hidup, bukan?

Oleh kerana pasukan propaganda Pakatan bekerja kuat dalam menanam kebencian terhadap saya, maka ramai termakan fitnah dan mempercayai yang saya terlibat walaupun tidak logik sama sekali.

Untuk makluman orang ramai, pada akhir Mei lalu selepas PRU14, Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull telah menafikan tanggapan umum bahawa pembunuhan Kevin mempunyai kaitan dengan kes dana RM2.6 bilion dan SRC International Sdn Bhd mahupun 1MDB.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kevin-morais-tidak-terlibat-kes-rm2-6-bilion-src-kp-sprm-176148

Ini secara sangat jelas telah mematahkan fitnah dan tohmahan Sarawak Report.

Editorial Bernama juga agak nakal dengan menggunakan tajuk sensasi ala tabloid seperti itu dan nescaya mereka yang malas membaca akan terus percaya pada tajuk itu semata-mata.

FB Najib Razak

2 thoughts on “Tuduhan membayar tertuduh kes bunuh Morais adalah karut – Najib

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.