Supol Minum Sisa Air Tun, Isteri Dilantik Pengerusi AIM?

Desas-desus bertiup kencang bahawa puan Junaidah Kiting, pengasas produk kecantikan De’Wajah telah dilantik sebagai Pengerusi Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) yang baharu. Menurut sumber, walaupun belum ada pengumuman rasmi, pengurusan tertinggi AIM telah dimaklumkan mengenai pelantikan tersebut.

Pelantikan ini menimbulkan tanda tanya mengenai dasar dan kriteria Kerajaan Pakatan Harapan dalam melantik pengerusi syarikat dan agensi berkaitan kerajaan kerana Junaidah Kiting merupakan isteri kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri, Encik Abu Bakar Yahaya.

Abu Bakar sebelum ini menjadi kontroversi apabila menunjukkan ketaksuban beliau kepada Tun Dr Mahathir dengan meminta untuk minum air yang tidakk dihabiskan oleh Mahathir dan dengan bangga memuat naik gambar tersebut di media sosial.

AIM telah ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Akta Amanah (1952) dan dirurkan oleh Lembaga Pemegang Amanah yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan yang mewakili Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi (EPU), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan beberapa individu yang dilantik atas dasar kapasiti peribadi.

Objektif penubuhan AIM adalah untuk mengurangkan kemiskinann di Malaysia melalui pembiayaan kecil-kecilan atau kredit mikro yang digunakan untuk membiayai kegiatan ekonomi yang boleh menambah pendapatan. Sahabat AIM akan diberi pinjaman/modal untuk memulakan perniagaan kecil bagi meningkatkan taraf hidup keluarga mereka.

Justeru pelantikan Junaidah ini menimbulkan konflik kepentingan yang serius kerana beliau merupakan usahawan barangan kecantikan yang memberi fokus kepada pengedaran di kalangan usahawan kecil wanita.

Apakah ini agenda untuk menggunakan dana AIM bagi mengembangkan perniagaan produk kecantikan beliau?
Jika benar pelantikan telah dibuat apa jaminan dana AIM tidak disalahguna untuk mengembangkan perniagaannya melalui pinjaman kepada pengedar dan peruncit barangan kencantikan beliau?

Selain Junaidah, sumber turut memaklumkan bahawa salah seorang anak Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefley Ahmad, Nurul Iman, dikatakan turut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah AIM yang baharu.

Budaya Memalukan Pakatan Harapan

Tindakan Abu Bakar yang sanggup minum sisa air “bossnya” akhirnya terbalas dengan pelantikan isterinya sebagai pengerusi AIM yang baharu.

Dalam UMNO hanya ada budaya cium tangan yang juga merupakan sebahagian budaya Melayu. Sebaliknya dalam Pakatan Harapan ada budaya baru iaitu “minum sisa air boss”.

2 thoughts on “Supol Minum Sisa Air Tun, Isteri Dilantik Pengerusi AIM?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.