Rosmah Bukan Didakwa Kerana Skandal SatuMDB

Sejak ditahan semalam (kelmarin), ada media arus perdana yang mendakwa penahanan isteri Perdana Menteri ke-6, Datin Sri Rosmah Mansor yang membawa kepada pendakwaan ke atas beliau pagi tadi (semalam), adalah berkaitan dengan “skandal SatuMDB”.

Ini rasanya tak betul sebab saya difahamkan, dari kesemua 17 pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau pagi tadi (semalam), tak satu pun berkaitan dengan skandal yang dikatakan. Sebaliknya, apa yang difahamkan kepada saya sekali lagi, semua pertuduhan itu adalah berkaitan dengan pengisytiharan kepada Lembaga Hasil dan AMLA.

Skandal yang dimaksudkan? Tarak

Lagipun sejak perubahan pentadbiran ini berlaku, seingat saya, belum ada satu pun kes berkaitan skandal SatuMDB ini yang dibawa ke Mahkamah kan, ke saya yang tersilap? Tak tahu pula kes mana satu yang syarikat tersebut dinamakan sebagai plaintif bagi menuntut wang yang konon dicuri itu?

Apa pun diharap semua media berlaku adil lah dalam laporan mereka. Kalau yang dilaporkan seperti ini mengaitkan individu-individu yang dikenali sebagai raja saman, dah kena dah ni pasal jelas ia menjejaskan indvidu yang berkenaan, dalam hal ini Datin Sri Rosmah.

Tidak ada alasan kenapa media tidak berlaku adil sebab yang dikatakan mengawal media serta tidak memberi laluan langsung kepada pembangkang ialah kerajaan BN yang dulu.

Pentadbiran yang ada sekarang pulak sebaliknya mendakwa mereka akan memberi laluan itu walaupun setakat ini tak nampak dimana benarnya dakwaan berkenaan. Saya tak tahu dan tak peduli pun, bukan tengok berita.

Tapi kurang-kurang, bagi mereka yang percaya kepada cerita kebebasan media dibawah pentadbiran yang ada sekarang, tidaklah rasa tertipu seperti yang banyak berlaku bila janji manifesto (termasuk 10 yang utama) hampir kesemuanya tak terlaksana ni.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker