Najib Tanya Kit Siang: Mana Pendrive?

“Najib did not kill Teoh Beng Hock”, kata Lim Kit Siang hari ini melalui tweetnya.

Nampaknya, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) tidak dapat membersihkan nama saya bahawa saya bukan pembunuh Teoh Beng Hock tetapi pemimpin Agong DAP ini mampu berbuat demikian.

Bukan main lama. Hanya 10 tahun sahaja, jentera dan propaganda DAP meletakkan nama dan gambar saya bersama dengan mendiang Teoh Beng Hock dan menuduh saya sebagai pembunuh Teoh.

Mengapa Kit Siang dari dulu tidak berkata demikian?

Walaupun Kit Siang isytihar saya bukan pembunuh tetapi dia kata saya bertanggungjawab terhadap kematian Teoh juga kerana pada masa itu, kerajaan ialah kerajaan saya.

Kini kerajaan yang sama adalah kerajaan parti anda dan tanggungjawab beralih kepada kamu. Pergilah siasat lagi jika mahu.

Pagi ini, Kit Siang mengeluarkan kenyataan yang panjang lebar lagi untuk memberi jawapan kepada saya.

Pusing punya pusing tetapi tidak berani lagi mahu meneruskan gesaan kepada kerajaan PH untuk membuat siasatan khas dalam menentukan jika saya terlibat dalam pembunuhan-pembunuhan Teoh, Altantuya, Kevin Morais dan Hussain Najadi lagi sebagaimana digesanya beberapa hari lalu.

Tiba-tiba dia menafikan bahawa dia pernah mengaitkan pembunuhan Kevin Morais dengan 1MDB atau saya pula!

Kit Siang cabar saya mengeluarkan bukti bahawa dia pernah berbuat demikian kerana saya mendakwa dia antara orang pertama yang mengaitkan nama saya dengan pembunuhan Kevin.

“Najib alleged that I had claimed that Kevin Morais’ murder was connected to 1MDB. I have never made such an allegation, and I challenge Najib to quote chapter and verse from any of my statements in the past where I had made such an allegation.” cabar Kit Siang.

Untuk menjawab Kit Siang, ini buktinya dari kenyataan umum kamu sendiri pada 26 Nov 2015.
—-
Call for an international investigation into the murder of DPP Kevin Morais following the shock statutory declaration by his brother Charles who raised many disturbing questions.

“The contents of this pen drive clearly and unequivocally reveal the investigation Kevin had been tasked with just before his untimely death, which implicates certain personalities who currently walk the corridors of power in Malaysia.”

Tulisan ini dimuatnaik pada Khamis, 26 November 2015 jam 7.38 pagi di bawah kategori Corruption, Crime, Financial Scandals, Najib Razak.

Call for an international investigation into the murder of DPP Kevin Morais following the shock statutory declaration by his brother Charles who raised many disturbing questions


—–

Mungkin Kit Siang terkena serangan penyakit amnesia?

Saya juga nak tanya Kit Siang: ‘Pen Drive’ itu di mana? Sudah masuk 3 tahun tetapi masih tak nampak bayang.

Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker