Najib Pernah Buktikan Tol Percuma Itu, MUNGKIN, Secara Berperingkatlah

Saya sebenarnya malas nak ulas isu tol ni sebab setahu saya ia bukanlah menjadi isu sangat bagi kebanyakkan orang. Pada saya, isu tol ini tak lebih dari modal politik puak belah sana saja, lebih lagi esok nak mengundi di Teluk Kemang, hati kecil saya kuat mengatakan, macam ada kena mengena.

Tapi sebab tol percuma ini mengingatkan saya kepada Perdana Menteri yang ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak, maka tergerak untuk menulis juga.

Kita semua tahu ketika Najib menjadi Perdana Menteri, beliau telah beberapa kali membuktikan bahawa untuk mengadakan tol percuma di Malaysia ini adalah MUNGKIN – cumanya secara berperingkat.

Seingat saya, hanya ketika Najib dan Paklah menjadi Perdana Menteri saja tol di Malaysia ini boleh percuma, bermula dengan tol Jalan Kuching.  Kemudian yang terbaru tol Batu Tiga, Bukit Kayu Hitam dan 2 yang lain.

Masuk 4 tol yang diMUNGKINkan oleh Najib “kepercumaannya” awal tahun ini, kalau tak salah (kalau salah maafkan), keseluruhannya lebih 7 tol di Malaysia ini DIPERCUMAKAN oleh Najib sejak 2010.  Malah, yang tol banyak tak naik sekarang ini pun terutama di utara selatan, adalah kerana perjanjian semula yang dirundingkan Najib pada tahun 2010 itu juga.

Jika terus menjadi Perdana Menteri hari tu, entah berapa banyak tol MUNGKIN dipercumakan oleh Najib secara berperingkat, kita tidak akan tahu, tapi dengan keadaan sekarang, berperingkat tak berperingkat, sepertinya akan berterusanlah tol tu dengan kita.

Memanglah tidak ada siapa percaya tol di Malaysia ini boleh dihapuskan SEKALIGUS.  Konsesi tu satu hal, logiknya lagi, modal datang dari pihak swasta, hutang dan segala liabiliti ditanggung mereka, takkan senang-senang nak dihapuskan begitu saja tanpa ada kosnya kepada negara.

Siapa nak bayar itu semua?

Tapi ini para uneducated yang menyokong sebelah sanalah yang percaya sangat dengan dakyah tol percuma sekaligus ni.  Sekarang, mendapatlah ye tak?

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.