Najib jawab tuduhan larangan berkempen di facebook.

BERSIH telah membuat laporan polis dan menuduh saya telah melanggar akta pilihanraya kerana saya telah membuat satu hantaran di laman Facebook saya pada pukul 7 pagi iaitu sebelum peti undi dibuka pada hari pilihanraya kecil Sungai Kandis beberapa bulan lalu.

Oleh itu, pihak polis dilaporkan akan memanggil saya untuk memberi kenyataan kepada mereka tidak lama lagi dan saya sedia memberi kerjasama penuh.

Saya juga mahu tahu jika BERSIH telah membuat laporan-laporan polis yang sama terhadap PKR dan calon Sungai Kandis yang BERSIH sendiri pernah mendakwa telah melakukan kesalahan yang agaknya teruk semasa pilihanraya kecil itu.

Ini merupakan peluang baik untuk NGO dan pihak kerajaan untuk membuktikan bahawa mereka berlaku secara adil dan tidak berat sebelah.



Berikut ialah kenyataan calon BN untuk Sungai Kandis bertarikh 29 Ogos 2018 yang tidak dijawab oleh BERSIH pada masa itu:
——–
KENYATAAN MEDIA Dato’ Lokman Adam – 29hb Ogos, 2018

1. Pemangku Pengerusi BERSIH 2.0, Shahrul Aman dilaporkan telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pilihanraya dan juga kepada PDRM terhadap Dato’ Sri Najib Razak.

2. Mereka menuduh bahawa Dato’ Sri Najib telah melakukan kesalahan dibawah akta SPR kerana beliau telah membuat satu posting di dalam laman FaceBookya pada pukul 7 pagi hari membuang undi pilihanraya kecil Sungai Kandis baru-baru ini dan mendakwa ini ialah satu kesalahan.

3. Pegawai program BERSIH 2.0 Lee Chun Lun minggu lepas telah mengeluarkan kenyataan bahawa calon PH Zawawi Mughni juga telah banyak melakukan kesalahan di bawah akta SPR yang sama.



4. Antara kesalahan PH yang diberi oleh BERSIH 2.0 termasuk pemberian penukaran minyak hitam motosikal percuma, pemeriksaan kesihatan percuma dan ubatan percuma serta menyalah guna aset kerajaan dan berkempen dalam acara sekolah (yang juga merupakan pusat mengundi) serta kerajaan.

5. BERSIH juga menuduh bahawa beberapa menteri PH didapati menggunakan kereta rasmi mereka untuk pergi ke pusat penamaan calon pada hari pengundian. BERSIH menuduh bahawa ini juga telah melanggar peraturan pilihanraya.

6. Yang saya pelik ialah mengapa BERSIH 2.0 hanya membuat laporan terhadap Dato’ Sri Najib yang bukan calon PRK pun? Tetapi langsung tidak membuat sebarang laporan terhadap calon dan pemimpin-pemipin PH lain yang BERSIH sendiri dakwa telah melanggar undang-undang?

7. Untuk membuktikan bahawa BERSIH 2.0 ialah NGO yang tidak berat sebelah dan bukan alat badan politik, mereka harus membuat laporan polis terhadap PH yang melanggar undang-undang SPR dengan lebih serius seperti apa yang mereka telah lakukan terhadap Dato’ Sri Najib yang cuma memuat naik satu posting di FaceBook beliau.



8. Saya memberi masa 3 hari kepada BERSIH 2.0 untuk berbuat demikian bagi “membersihkan” nama dan integriti mereka. Selepas 3 hari, jika BERSIH masih tidak bersih, Pemantau Malaysia Baru akan menolong BERSIH untuk membuat laporan-laporan terhadap PH.

PRESIDEN ,
PEMANTAU MALAYSIA BARU
Dato’ Lokman Noor bin Adam

FB Najib Razak



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker