Najib buat laporan polis terhadap dirinya kerana Kit Siang tidak berani.

Amat mudah untuk saya lihat Lim Kit Siang secara terang berbohong begitu sahaja.

Hari ini Kit Siang keluarkan kenyataan lagi mendakwa saya yang berbohong seperti berikut:

“His latest lie was his allegation yesterday that when he agreed to the reopening of mysterious deaths, namely that of Altantunya Shaarribuu, Kevin Morais, Hussain Najadi, Teoh Beng Hock, among others, “it was Kit Siang who had then said there was no need for the cases to be probed again”.

Bila masa pulak saya berkata demikian?

Kit Siang berpusing pusing cuba mengelirukan penyokongnya kononnya saya menulis Kit Siang pernah berkata tiada keperluan untuk kes-kes itu disiasat lagi, walhal saya sendiri berulangkali mahukan kes itu disiasat semula memandangkan PH kini adalah kerajaan.

Kesemua kenyataan saya mencabar Kit Siang ada di laman FB ini. Tak susah sebenarnya untuk anda periksa sendiri adakah saya pernah kata Kit Siang isytihar tiada keperluan untuk membuka kes-kes ini semula.

Untuk kali kelima, saya mendesak Kit Siang untuk memenuhi apa yang dia mahu minggu lalu iaitu membuka siasatan khas untuk kesemua kes-kes ini tetapi saya rasa ini membuang masa sahaja untuk melayan dia.

Esok, saya akan meminta pembantu saya untuk membuat laporan polis terhadap saya supaya pihak polis di bawah kerajaan PH boleh menyiasat semula jika saya terlibat dalam semua kes-kes pembunuhan ini.

FB Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker