MRT2 Batal: Hamid, Anda Tak Undi BetterMalaysia, Anda Undi Pakatan – Mendapatlah

Hamid (bukan nama sebenar) adalah seorang rakan saya yang terlibat dalam projek MRT2 yang diumumkan untuk ditamatkan kontrak pembinaannya baru-baru ini sehinga dikatakan menyebabkan 20,000 orang berisiko hilang pekerjaan begitu saja.

Jujur, saya tak tahu apa tugas Hamid disitu tapi memandangkan bapanya adalah penggali kubur di kampung kami, saya rasa Hamid terlibat dalam bidang berkaitan dengan gali-gali tanah ini jugaklah.  Construction lah katakan, mesti ada gali tanah ye tak?

Lagipun Hamid selalu bercakap gah tentang mesin pengorek terowong yang digunakan dalam projek tersebut, maksudnya, kerja bawah tanahlah tu kan?

Apa pun, nak beritahu Hamid bukan penyokong BN.  Dalam PRU14 yang lepas dia mengundi pihak yang satu lagi.  Undi memang rahsia tapi tidak menjadi rahsia pihak mana yang Hamid undi sebab dia “mengumumkannya” (siap gambar lagi) di media sosial, itu yang kami tahu tu.

Disedihkan cerita, lanjutan dari berita pembatalanya projek MRT2 Ahad lepas, Hamid kini berdepan risiko hilang pekerjaan.  Dalam kumpulan whatsapp kami, Hamid meluahkan kekecewaan dan mengadukan nasibnya.  Dia baru keluar keretalah, dah bayar deposit rumahlah dan sebagainya, semua ini diceritakan.

Masalah dengan ini ialah, di status akaun media sosialnya, Hamid tidak salahkan secara langsung pihak yang buat keputusan (pihak sama yang dia undi hari tu) untuk batalkan projek itu.

Sebaliknya dia dan beberapa orang senasibnya yang lain, menggunakan ayat yang hampir sama bunyinya di status masing-masing seperti “we vote for better Malaysia, but we’re didn’t vote to lose our job”.

Dah macam inipun masih nak berkias-kias lagi?

Saya cuba hubungi Hamid untuk membetulkan apa yang dia update di statusnya.  Saya nak kata Hamid salah sebab dia tidak mengundi BetterMalaysia, dia undi Pakatan dan inilah hasil yang dia dapat.  Mana ada BetterMalaysia dalam kertas undi hari tu kan?

Saya juga nak katakan kepada Hamid agar jangan bimbang kerana hati saya kuat mengatakan semua ini ada kaitan dengan proses pilihanraya kecil yang sedang dijalankan.  Mungkin, selepas proses tersebut berakhir, apa punlah keputusannya, projek itu akan disambung semula.

Tapi Hamid tak angkat telefon mahupun membalas mesej saya.  Saya bersangka baik, mungkin Hamid dah mula gali kubur agaknya, ambil alih kerja bapak dia, maklumlah, mungkin dah takde kerja lepas ni.

Hamid, Hamid….

6 thoughts on “MRT2 Batal: Hamid, Anda Tak Undi BetterMalaysia, Anda Undi Pakatan – Mendapatlah

  • October 10, 2018 at 3:38 AM
    Permalink

    Patutlah umno makin dibenci…semasa perhimpunan perdajalkan seorg mak cik suruh pakai t- shirt oren …meningatkan aku pada perhimpunan baju merah yg kerah mak cik2 dr felda…dan artikel ni juga x membina utk umno yg lebih baik ..

    Reply
    • October 10, 2018 at 6:27 PM
      Permalink

      Artikel tu bukan cerita pasal umno tp pasal kegagalan PH menjaga ekonomi utk rakyat marhaen..keputusan budoh KERAjaan menjadikan kroni2 nye bertambah kaya dan rakyat menderita..susah nau ke nk paham cik zam.patutla kena kencing siang malam

      Reply
  • October 10, 2018 at 7:44 AM
    Permalink

    Bukan makcik disuruh pakai dia sediri yg nak pakai.sudah sudahla move onlah…pH mmg x boleh pegilah

    Reply
  • October 10, 2018 at 10:16 AM
    Permalink

    Isu pergunakan org2 melayu utk kepentingan pihak2 tertentu melampaui parti…

    Reply
  • October 10, 2018 at 6:57 PM
    Permalink

    Org nk komen..lo pun nk komen…yg aku sebut ialah artikel ni x ada nilai dan tak membantu utk kuatkan umno..ianya bkn ngenai sokong parti2 tertentu..tlg fahami sblm celupar nk reply..usah tunjuk sikap tergesa2 nk bls komen

    Reply
  • October 14, 2018 at 4:43 AM
    Permalink

    Hamid..hamid……….betullah mykmu punya artikel langsung x membina utk menjauhkan org ramai dr krjaan sebaliknya parti krjaan menang besar di PD

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.