Langkah dramatik atau terdesak Tun M ke PD?

Malam ini, dua sosok pemimpin besar yang mewarnai politik negara selama ini buat pertama kali akan di pentas yang sama di Port Dickson selepas 20 tahun.

Kombinasi dua tokoh iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim inilah yang membawa Malaysia ke tahap lebih tinggi dan disegani sehingga dianggap sebagai harimau Asia.

Perseteruan mereka juga tidak dapat ditutup dan turut mencabar politik, perundangan serta keadilan negara ke tahap lain.

Penyatuan mereka dan sanggup melupakan perseteruan berdekad jugalah akhirnya menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang memerintah negara ini sekian lama dan berjaya membentuk kerajaan Pakatan Harapan.

Pastinya setiap patah kata dan gerak badan mereka menjadi tumpuan seluruh negara serta dunia.

Ibarat pertembungan epik semasa kemuncak perseteruan, penyatuan di pentas yang sama pula pasti hebat dan penuh drama.

Jika di dalam filem Tamil, Anwar adalah superstar, manakala kehadiran Mahathir pula ialah sebagai megastar.

Perdana menteri ketujuh dan keempat memberi restu kepada bakal perdana menteri kelapan, tidakkah itu sangat dramatik.

Orang yang sama menyebabkan Anwar tersungkur ketika selangkah lagi untuk menjadi perdana menteri, apabila terpaksa meringkuk di dalam penjara, kini memberi restu Langkah PD bagi merealisasi impian Anwar menggapai impian menjadi perdana menteri kelapan.

Jadi tidak hairan ketika pelancong mula beransur meninggalkan kawasan peranginan ini, sejak petang tadi berbondong-bondong orang politik, ahli akademik, wartawan dan penganalisis politik tiba di Port Dickson.

Restoran yang sebelum ini penuh dengan pelancong, mula berubah wajah padat dengan orang politik.

Meja-meja digabung untuk memboleh semua boleh duduk rapat-rapat dan makan-makan sambil bersembang menganalisis situasi politik semasa.

Restu Mahathir bererti calon.

Dua topik hangat dibincangkan kenapa Dr. Mahathir ke PD.

1. Peluang Anwar untuk menang semakin menipis dek pengaruh calon Bebas Tan Sri Mohd Isa Samad.
2. Dr. Mahathir mahu menafikan tangan ghaib yang menaja calon-calon Bebas adalah beliau.

Namun semuanya terletak di tangan pengundi Port Dickson termasuk 30 peratus yang berada di luar dan menjadi kunci kepada kemenangan besar Anwar. – UTUSAN ONLINE

One thought on “Langkah dramatik atau terdesak Tun M ke PD?

  • October 8, 2018 at 2:00 PM
    Permalink

    jgn risau, apabila Anwar jadi PM akan tibalah masanya Tun Mahathir pula masuk penjara. Anwar akan mencari setiap kesalahan Tun Mahathir dan anak-anaknya hingga kelubang cacing sebagaiman Tun Mahathir lakukan kepada Najib dan keluarga. Dendam Anuar masih membara, tuduhan khalwat terhadapnya amat memalukan.

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.