Kerajaan PH berhasrat perkenal cukai baharu

Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan berhasrat memperkenalkan cukai baharu bagi menjana pendapatan tambahan negara.

Selain itu, Perdana Menteri memaklumkan, kerajaan juga mempertimbangkan cadangan menjual atau melepaskan beberapa aset bagi mengurangkan beban hutang yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

“Ia cukai yang berbeza tetapi akan mengurangkan beban rakyat. Inilah tujuannya, untuk bayar hutang negara.

“Kami sedang mempertimbangkannya (jual aset), itu adalah jalan untuk dapatkan wang bagi bayar hutang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ucaptama Forum Malaysia di Era Baharu anjuran RHB, Maybank dan CIMB, di sini hari ini.

Sementara itu, dalam forum berkenaan, Dr. Mahathir yakin Malaysia mampu bangkit daripada krisis kewangan semasa yang situasinya hampir sama pernah dihadapi pada tahun 1997 dan 1998.

“Krisis 1997/98 kita cari solusi sendiri dan sekarang situasi agak sama. Bila mata wang rendah, ekonomi juga perlahan.

“Masalah ketika ini ialah kita perlu cari duit untuk bayar hutang yang besar oleh kerajaan sebelum ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Utusan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker