Hapuskan tol: Akuilah hakikat kerajaan gagal tunaikan janji

KENYATAAN MEDIA
12.10.2018

1. Kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Bali bahawa lebuh raya tanpa tol di Malaysia sesuatu yang mustahil, adalah antara mungkir janji terbesar dalam manifesto Pakatan Harapan.

2. Biarpun beliau mendakwa cuba menghalang perkara itu dimasukkan sebagai manifesto PH, ia tidak boleh diterima. Ini kerana rakyat tidak pernah pun terdengar atau terbaca mengenai tentangan beliau itu sebelum PRU14. Bagi kita itu semua adalah alasan semata-mata.

3. Malah beliau sendirilah yang menjadi ‘Bapa Jalan Raya Bertol’ Malaysia di zamannya sebagai Perdana Menteri keempat. Apatah lagi kebanyakan pemegang konsesi tol adalah mereka yang rapat dengannya.

4. Lebih pelik apabila beliau membuat kenyataan itu di luar negara, seolah-olah mahu mengelakkan soalan bertalu-talu wartawan di negara sendiri.

5. Hakikatnya kini jelaslah bahawa ‘sokongannya’ terhadap manifesto PH dahulu semata-mata bertujuan menggula-gulakan pengundi bagi menjatuhkan Barisan Nasional dan memilih semula beliau ke tampuk kuasa.

6. Lihatlah sebagaimana janji mengenai PTPTN dan hasrat memansuhkan semua hutang peneroka Felda yang tidak akan tertunai, Kerajaan PH ternyata meluruhkan harapan banyak pihak yang mengundi mereka dalam PRU14 lalu.

7. Kita harap akuilah hakikat bahawa Kerajaan PH gagal menunaikan janji. Janganlah terus menggunakan helah hutang negara, ekonomi serta menyalahkan aliran atau trend dunia terhadap penarikan modal pelabur asing dan kemerosotan nilai ringgit, apatah lagi menyalahkan kerajaan terdahulu kerana kelemahan Kerajaan PH. Hakikatnya Kerajaan PH dan Perdana Menteri sebenarnya sama sekali gagal mengurus Malaysia di zaman siber ini.

8. Umum pula kini melihat penangkapan dan pendakwaan pemimpin Umno di dalam kerajaan BN terdahulu adalah salah satu strateginya untuk menutupi kelemahan pentadbiran serta kepincangan Kabinetnya kepada rakyat.

9. Nampaknya, rakyat makin tertipu dengan rejim ala-diktator ini, apatah lagi sistem kehakiman, kewangan dan badan anti-rasuah sudah di dalam genggaman mereka.

10. Bagaimanapun, ini kuasa dan hak mereka. Namun adakah ini sebenarnya keinginan rakyat setelah meletakkan mereka di tampuk kuasa? Saya harap rakyat dapat menilai kualiti kerajaan hari ini. Manifesto pada mereka hanyalah umpan bagi mendapatkan kuasa. Pembinaan Lebuhraya Pan Borneo oleh Kerajaan BN adalah bukti bahawa kerajaan dahulu lebih mampu menyediakan lebuhraya tanpa tol pada rakyat berbanding Kerajaan PH yang memerintah Malaysia sekarang.

YB DATO DR SHAMSUL.ANUAR NASARAH
Ketua Penerangan UMNO Malaysia
Ahli Parlimen Lenggong.

Related Articles

One Comment

  1. kenyataan dari si munafik mahathir bahawa lebuh raya tanpa tol di Malaysia adalah sesuatu yang mustahil bukan saja merupakan mungkir janji terbesar PH malah ianya merupakan kenyataan yang berlapik serta tersirat memberi isyarat bahawa Pan Borneo akan dikenakan tol dimana kroni yang rapat dengan si munafik mahathir akan diberikan konsesi tol…ini merupakan balasan(boleh juga disebut ugutan) yang harus kerajaan negeri Sarawak & Sabah laksanakan jika mahu kerajaan persekutuan dibawah pemerintahan kuku besi ke 2 si munafik mahathir laksanakan royalti minyak sebanyak 20% & perjanjian MA63

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker