Gamuda kroni rakyat – Najib

Saya lihat ada yang mengkritik saya apabila saya meluahkan kesedihan pakej MRT2 yang diperolehi Gamuda-MMC secara tender terbuka ditarik balik di mana 20,000 pekerja dan 600 lagi syarikat tempatan akan hilang punca pendapatan begitu sahaja.

Mereka menuduh Gamuda ini kroni saya atau kroni UMNO.

Ini ialah senarai 30 pemegang saham terbesar Gamuda. Adakah kroni saya KWSP, PNB, KWAP, unit amanah swasta ataupun syarikat insuran hayat?

Tidak. Semua ini akhirnya dipegang oleh rakyat dan manfaat dipulangkan kepada rakyat sendiri.

Ketika pentadbiran saya, saya telah memastikan pertumbuhan ekonomi berterusan dan tumpuan diberikan kepada rakyat dalam memastikan dividen lebih tinggi bagi KWSP, PNB, Tabung Haji dan dana lain berbanding pada akhir 1990 dan awal 2000.

Kebanyakan projek-projek besar di Malaysia diberi kepada syarikat-syarikat berkebolehan yang sahamnya banyak dipegang oleh tabung-tabung simpanan rakyat.

Berbanding akhir tahun 2008, iaitu sebelum saya menjadi Menteri Kewangan dan Perdana Menteri sehingga saya berhenti, aset KWSP naik dari RM341 bilion kepada RM841 bilion.

Aset PNB naik dari RM120 bilion kepada RM280 bilion, aset Tabung Haji naik dari RM20.8 bilion kepada RM73 bilion manakala aset KWAP naik dari RM52 bilion kepada RM140.8 bilion.

Untuk makluman, pakej MRT2 Gamuda-MMC yang dibatalkan ini telah dianugerahkan kepada mereka pada tahun 2016 di dalam tender terbuka antarabangsa di mana syarikat ini antara senarai pendek 5 syarikat dan Gamuda-MMC berjaya mengatasi saingan dari dua syarikat gergasi China, Hyundai Engineering dari Korea dan Taisei Corp dari Jepun.

Gamuda menang dari segi teknikal yang terbaik dan harga yang termurah.

Belum tentu harga akan menjadi lebih murah jika pakej MRT2 ini ditender semula.

Amat mudah saya lihat rakyat diperdaya untuk memfitnah saya kononnya Gamuda adalah kroni saya.

Adakah kroni sebenar saya ialah rakyat?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker