Duit Jatuh, Rizab Merosot, Takde Siapa Cemas Ke?

Difahamkan rizab antarabangsa negara kita sedang merosot dari USD 110 billion ketika BN memerintah kepada USD 103 billion sahaja sekarang ini.  Perbezaan yang besar tu sebab zaman BN memerintah dikatakan hutang negara terlalu tinggi tapi bagaimana simpanan kita banyak?

Patutnya dengan nilai dollar yang tinggi sekarang ni berbanding ringgit, rizab kita naiklah, tak gitu?  Ini kenapa turun?

Saya diberitahu, rizab negara yang tinggi penting untuk melindungi ekonomi negara kita dari spekulasi matawang dan sebagainya.  Disamping itu, saya juga diberitahu penarafan ekonomi kita, antara lain turut mengambil kira jumlah rizab ini. Kalau salah cakap saya ni, minta maaflah tapi beritahulah apa yang betulnya.

Dalam masa yang sama, kejatuhan matawang ringgit kita berlaku dimasa harga minyak tengah naik.  Itu yang hairan.  Terakhir saya periksa, ringgit berada pada kedudukan RM 4.15 untuk setiap USD1.  Banding sebelum PRU14 yang lepas dimana kadarnya ialah RM 3.85 untuk setiap USD1.

Kebimbangan ini berdasarkan pengalaman dulu, ketika BN menjadi kerajaan.  Pada waktu itu nampak semua orang begitu mengambil berat akan pergerakan ringgit.  Jangan kata dari RM 3.85 ke RM 4.15 berbanding USD1, jatuh 1 sen, 2 sen pun jadi isu besar.

Tapi sekurang-kurang kerajaan BN pada waktu itu ada penjelasan – ringgit jatuh sebab harga minyak jatuh dan sememangnya itulah yang berlaku pun.

Sekarang ini berbeza pulak, nampak macam tidak ada apa-apa, seolahnya kejatuhan yang berlaku sekarang adalah baik untuk negara?  Habis yang dulu memekak tu pasal apa?  Itu yang nak tanya.

Menambah kebimbangan bila Bank dunia juga baru-baru ini menurunkan unjuran KDNK negara kita untuk tahun ini dari 5.9% kepada hanya 4.2%. Baca dari sudut KDNK, jangan kata kurang 1.7%, kurang 0.1% pun dah cemas ramai orang – patutnyalah.

Sebagai rakyat biasa, saya harap ada penjelasan dari pihak yang berkenaan supaya rakyat dapat bersedia seadanya.  Dalam hal ekonomi ni, perbezaan politik tak sepatutnya jadi penghalang, kita bersama-sama menghadapinya kalau betul sedang menghala ke arah itu.

Tapi kena maklumkan rakyatlah situasi sebenarnya, ini semua “macam” senyap, media pun ikut senyap, mana tak risau.

Dah lama sejak negara ini mengalami krisis ekonomi, terakhir tahun 1997 dan sebelum itu tahun 1986, lebih 20 tahun dah kalau ikut yang 1997 tu, takut ramai terlupa bagaimana nak bersedia.  Memang boleh pulih tapi atas “harga” berapa pulak?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker