Diserbu Kerana Berkhalwat & Berzina, Sudah Berlaku Dari Sebelum Merdeka Lagi!!

* gambar di atas sekadar hiasan

Ada pandangan netizen pro kerajaan di media sosial, menyalahkan pentadbiran BN sebelum ini sehingga berlaku kes-kes orang berzina dan berkhalwat diserbu pada waktu malam.  Mereka memuji Menteri dalam pentadbiran hari ini yang nak menghapuskan amalan tersebut (khabarnya Menteri itupun sudah menarik balik kenyataannya atau membetulkan atau macam mana, pedulilah}.

Mengulas tentang ini (pandangan netizen pro kerajaan tersebut), rasanya budak-budak punya komenlah ni pasal kalau mereka hidup cukup lama, pasti tahu kejadian penguatkuasa agama menyerbu rumah disyaki ada orang berzina dan berkhalwat sudah berlaku sejak merdeka lagi!

Buktinya, negara ini sudah mengamalkan ajaran Islam dari mula, bukan sejak BN memerintah sahaja.

Cakap pasal “sejak BN memerintah”, ini termasuklah ketika 22 tahun diperintah orang yang sama.  Malah pada waktu itu, ada orang yang jadi Menteri hari ini pun, turut pernah diserbu dan ditangkap kerana berkhalwat – pada waktu malam – dengan bini orang!

Tak seperti hari ini, ketika kejadian itu berlaku, mereka berada dalam kem politik yang berbeza, sebab tu tak jadi isu waktu itu agaknya.

Lebih dari itu, dari cakap-cakap orang tua, British dan Jepun dulu pun tak menghalang penguatkuasa agama nak menjalankan tugas mereka membenteras hal khawal dan zina sewaktu mereka menjajah negara ini dulu.

Itu British dan Jepun tu, kafir, mereka pun tak campur urusan agama Islam.  Sebab gamaknya Jepun dan British tahu, zina dan khalwat ini bukan soal privasi atau hak asasi, ini soal menegakkan hukum agama.  Siapa mereka nak masuk campur?

Apa pun, eloklah perkara macam ini berlaku, sekurang-kurangnya apa yang dibimbangkan dulu bila puak-puak itu mengambil alih, sikit-sikit dah nampak jadi kenyataan.  Sebelum PRU14 berbuih mulut cakap, tapi taknak percaya.

Justeru, semua pihak perlu bersatu padu sebab zina ini membawa banyak masalah kepada masyarakat seperti pembuangan bayi, kacau bilau rumah tangga dan sebagainya.  Tak jadi, tak kena kat kita, senanglah kata.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.