Bukan sahaja ekspot komoditi berkurangan ke China, pelancong dari China juga bertambah kurang – Najib

Antara permainan politik terbesar sebelum PRU14 terhadap saya ialah isu hubungan dan pelaburan China dengan Malaysia semasa saya menjadi Perdana Menteri.

Permainan dan kritikan ini diteruskan selepas PRU14 dan ini akan memberi impak negatif yang besar terhadap ekonomi kita.

Media hari ini melaporkan bahawa jumlah pelancong dari China ke Malaysia jatuh sebanyak 35 peratus baru-baru ini – iaitu pertama kali di dalam sejarah ini telah berlaku.

Sebelum ini, jumlah pelancong dari China semakin naik setiap tahun. Negara China merupakan sumber pelancong antara terbesar untuk Malaysia.

Malangnya, jumlah ini telah turun dengan banyak sehingga ada penjual durian Musang King dilaporkan sedang mengalami kerugian.

Bukan durian dan pelancong sahaja. harga dan jumlah eksport minyak sawit pun telah jatuh teruk selepas PRU14..Hubungan diplomatik yang baik adalah sangat mustahak.

Sektor pelancongan negara ialah antara sektor terbesar di Malaysia dan merupakan13.7 peratus (RM168 bilion) dari seluruh ekonomi Malaysia pada tahun 2016.

Sebanyak 1.73 juta pekerjaan di Malaysia disumbang secara terus atau tidak terus oleh sektor ini.

Saya harap situasi kejatuhan teruk jumlah pelancong dari China ini dapat diperbetulkan secepat mungkin kerana berjuta rakyat begantung kepada sektor ini untuk sumber pendapatan mereka.

One thought on “Bukan sahaja ekspot komoditi berkurangan ke China, pelancong dari China juga bertambah kurang – Najib

  • October 10, 2018 at 3:40 AM
    Permalink

    Ada sesiapa mahu percaya cakap org kalah??

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.