BENARKAH ISA TIDAK BANTU PD?

Sepanjang kempen PRK PD pada kali ini pelbagai dakwaan dibuat bahawa Isa Samad tidak membantu penduduk PD atau membangunkan kawasan ini sepanjang beliau menjadi Menteri Besar dahulu hingga kini.

Yang terbaru ialah dakwaan daripada Tan Sri Rais Yatim, Pengerusi BERSATU Negeri Sembilan yang mendakwa tempoh politik Isa telah tamat dan Isa tidak langsung menyelesaikan permasalahan penduduk setempat hingga menyebabkan Isa mengeluarkan kenyataan balas. Sila klik:http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/rais-jangan-jual-temberanglah-1.890326
Adakah ini benar?

Sebenarnya ramai orang terutamanya golongan muda tidak tahu bahawa keadaan PD dahulu dan sekarang berbeza sama sekali. Pada waktu Tan Sri Isa Samad menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan pada tahun 1982 dahulu, keadaan PD tidaklah seperti sekarang. Pada waktu itu, jalanraya, kemudahan-kemudahan asas seperti sekolah, air dan lain-lain masih belum terbina dengan sempurna.

Apabila Isa Samad menjadi MB perkara inilah yang ditekankan beliau dahulu di samping tumpuan untuk pembangunan-pembangunan lain.

Antara pembangunan dan bantuan yang telah dilaksanakan beliau ialah:

*1. Lebuhraya Seremban – PD (SPDH)*

Lebuhraya Seremban – PD dibina pada tahun 1994 dan siap pada tahun 1997 merupakan hasil tangan Isa semasa menjadi MB. Lebuhraya sejauh 23 km itu dibina untuk menghubungkan PD dengan Seremban sekaligus memudahkan proses ulang-alik penduduk PD dengan kawasan luar.

Cuba fikirkan sejenak. Adakah anda semua merasa bahawa jika bukan Isa yang menjadi wakil rakyat anda bolehkah penduduk PD dapat merasa menggunakan kemudahan ini sedangkan banyak tempat peranginan lain juga wujud di seluruh negara. Mustahil ia berlaku kerana negara punya bajet yang terhad tetapi kerana Isa merupakan wakil anda, ia menjadi kenyataan.

*2. Sambungan jalan PD- Pasir Panjang*

Sebenarnya ramai yang tidak tahu jalan sambungan PD ke Pasir Panjang hingga ke Linggi juga dirancang pada zaman Tan Sri Isa Samad menjadi Menteri Besar. Tetapi oleh kerana Malaysia mengalami kegawatan ekonomi yang besar sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1980-an dan penghujung 1990-an, ini menghalang perancangan ini dilaksanakan oleh Isa semasa menjadi MB dahulu. Oleh kerana kegawatan ini maka hanya SPDH sahaja yang dapat dilaksanakan semasa beliau memerintah. Padahal proses perancangan dan perolehan bajet daripada Kerajaan Persekutuan dibuat oleh Isa dan kerajaan selepas beliau melaksanakan sahaja apa yang telah beliau rancangkan.

*3. Hotel-hotel di sekitar Port Dickson.*

Semua hotel yang kini wujud di kawasan PD dibangunkan pada zaman Isa Samad. Hanya sebuah hotel sahaja yang dibangunkan selepas zaman beliau iaitu Hotel Lexis Hibiscus.

Hotel-hotel inilah yang menampung kehadiran pelancong sekaligus menyemarakkan ekonomi PD dan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

Semua orang PD tahu bahawa hotel-hotel ini selalu penuh terutamanya di hujung minggu. Jadi di mana agaknya dakwaan peluang pekerjaan dan ekonomi orang PD tidak rancak itu benar.

*4. Kolej Uniti di Tanjung Agas, PD*

Kolej Uniti di Tanjung Agas juga dibina pada tahun 1997 pada waktu Tan Sri Isa menjadi Menteri Besar. Ia merupakan Kolej Uniti pertama di Malaysia dengan jumlah pelajar permulaan seramai 170 orang. Sehingga kini kolej tersebut telah menghasilkan lebih 10 ribu orang graduan.

Dengan adanya kolej tersebut, lebih banyak peluang pekerjaan dan peluang ekonomi yang terhasil daripadanya untuk penduduk PD. Pastinya penduduk PD juga sedar akan hakikat ini.

*5. Membantu memberikan hakmilik tanah, perumahan, rumah ibadat dan lain-lain.*

Terang-terang apabila Rais mendakwa perkara ini tidak diberikan perhatian oleh Isa semasa menjadi MB beliau sebenarnya buta.

Banyak bantuan diberikan oleh Isa kepada penduduk setempat. Jangan percaya kata-kata penulis. Dengarlah sendiri kata-kata penduduk PD mengenai bantuan yang Isa berikan.

Ini merupakan antara sekumpulan kecil sahaja yang mendapat nikmat semasa Isa menjadi wakil rakyat mereka.
Sila klik: https://www.youtube.com/watch?v=oU5Jt6rPxys

Anwar Ibrahim pada hari ini datang dan menjanjikan pelbagai perkara sekiranya beliau menang dan menjadi PM. Hakikatnya Isa bukan berjanji kosong malah telah lama mengotakan janji beliau dan memberikan pelbagai kemudahan kepada masyarakat PD walaupun sepanjang 22 tahun beliau mewakili DUN Linggi sahaja.

Inilah kali pertama seluruh penduduk PD termasuk dari DUN yang tidak diwakilinya sebelum ini berpeluang membantu dan mengundi beliau sebagai tanda membalas jasa yang beliau taburkan selama ini. Pelbagai nikmat telah mereka perolehi dan tidak wajar kita sebagai penduduk PD mendustakan segala nikmat ini.

Jadi benarlah peringatan Isa kepada Rais Yatim supaya beliau jangan temberang penduduk PD atau dalam loghat Negeri Sembilan “Borontilah membongak!”.

Oleh itu, undilah Tan Sri Isa Samad, Calon BEBAS, nombor 5, berlogokan KERUSI.

7 thoughts on “BENARKAH ISA TIDAK BANTU PD?

  • Pingback:Kejadian aneh dipantai palu sebelum GEMPA PALU & DONGGALA | Malaysia Updates News Portal

  • October 11, 2018 at 4:59 PM
    Permalink

    Mustahillah MB x bantu kawasan/negeri sendiri

    Reply
  • October 11, 2018 at 5:24 PM
    Permalink

    Tanya Tan Sri Rais, apa pula dia buat untuknmemajukan Jelebu, pernah jadi Menteri Pusat, Menteri Besar. Jalan di Bukit Tangga adalah usaha Dato Hj Shamsul Bahari bin Mat apabila Tan Sri Rais keluar UMNO tubuh Semangat 46.

    Reply
  • Pingback:BENARKAH ISA TIDAK BANTU PD? | Malaysia Updates News Portal

  • October 11, 2018 at 10:19 PM
    Permalink

    masa zaman rais.. bila dia tidak di layan dia nak bakar jambatan

    masa zaman rais Malaysia hilang pulau batu putih.. rais kata win win situation dengan Singapore… kasihan

    masa zaman rais jadi menteri kebudayaan … di masa harga minyak naik… rais suruh turun kan harga songket….

    reliable ke tak reliable statement rais ni agak agak nya

    Reply
  • October 14, 2018 at 4:50 AM
    Permalink

    Harap2 tidak ada yg berkata penduduk PD x kenang budi😀😀

    Reply

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.