ICERD hapus hak istimewa Melayu, bumiputera

Meratifikasi atau mengesahkan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) akan mengakibatkan berlakunya penghapusan kepada hak istimewa yang dimiliki orang Melayu serta anak-anak negeri Sabah dan Sarawak.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad mendakwa, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak berterus terang berhubung tujuan ratifikasi dilakukan bagi mengelakkan berlakunya bantahan, sebaliknya mereka menuntut Malaysia mengesahkan konvensyen berkenaan.

“Apabila Malaysia mengesahkannya, Perkara 153 dan dasar yang bersifat diskriminasi kaum yang telah dipersetujui sebagai balasan kepada persetujuan orang Melayu memberi kerakyatan kepada orang bukan Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan akan dimansuhkan.

“Untuk mengelak bantahan orang Melayu dan kaum bumiputera, mereka mengatakan bahawa pengesahan tidak akan melibatkan peruntukan Perkara 153. Itu tidak betul,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Abdul Hamid mendakwa, alasan yang diberikan oleh kerajaan untuk memansuhkan Perkara 153 walaupun tidak pernah menyatakannya secara jelas adalah peruntukan tersebut menghalang kepada perpaduan dan pemansuhannya mampu merealisasikan usaha tersebut.

“Dalam kata-kata lain, hapuskan keistimewaan orang Melayu serta bumiputera dan berikan mereka hak yang sama, perpaduan akan wujud. Itu adalah hujah yang meleset. Ia adalah helah untuk memansuhkan Perkara 153. Semua pihak perlu sedar,” tegasnya. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

2 Comments

  1. Mengpakah kita mahu hapuskan hak istimewa penduduk bumi, sedang di semua benua ada warga bumi yg dijaga dan diraikan hak mereka. Mengapakah kita perlu sujud kepada budaya “Kolonialisma Moden” berlaku dgn membenarkan gol asing menakluki wilayah orang lain menerusi kononnya saluran diplomatik?!. Nyatanya hakukat ini adalah “Neo-colonialization” terhadap wilayah2 merdeka. Malaysia berhak menjaga Melayu, dan suku2 bumiputra yg tidak lagi memasuki gelanggang persaingan global, malah jika ratifikasi ini dilaksanakan…mereka bakal menjadi Red Indian di AS. Tinggal nama dan kawasan shj.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker