ADAKAH SUBSIDI BUAT RAKYAT TAK MAMPU BERFIKIR DAN BERDIKARI – NAJIB

Baru semalam dalam FB Live saya cakap mengenai perlunya Kerajaan hari ini fikirkan masalah yang dihadapi rakyat dan tingkatkan usaha beri bantuan.

Hari ini keluar kenyataan bahawa Kerajaan bayangkan untuk hentikan subsidi, kononnya ia sebabkan rakyat tak mampu fikir, jadi malas tak boleh berdikari, duduk tak buat kerja pun boleh dapat duit.

Kerajaan BN dulu tak pernah kata pemberian bantuan atau ‘subsidi’ seperti BR1M ini untuk menggantikan gaji atau pendapatan.

Kita buat adalah sebagai social safety net, untuk bantu mereka lengkapkan apa yang mungkin kurang daripada pendapatan harian mereka.

Inikah yang dimaksudkan subsidi buat rakyat tak mampu berfikir?

Ada satu kisah benar di mana seorang penerima bantuan subsidi mesin jahit dia boleh buat meniaga dari rumah, tak perlu kerja malam, dia cukup gembira.

Inikah yang dimaksudkan subsidi buat rakyat tak mampu berdikari?

Dahlah harga barangan makin hari makin naik, ekonomi makin teruk, ringgit makin jatuh, pendapatan negara pun berkurang bila mereka gantikan GST dengan SST.

Setiap hari rakyat dihina.

Apa sebenarnya Kerajaan hari ini buat untuk negara, untuk rakyat Malaysia?

*Najib Razak*

Related Articles

One Comment

  1. bodohnya rakyat Malaysia pilih PH jadi kerajaan

    ikhlas dari MELAYU SINGAPURA(hanya tinggal nama)

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker