SYED SADDIQ LIAR, ANGKUH DAN SOMBONG

Melihat kenyataan YB Syed Saddiq Abdul Rahman Al-Sagoff bahawa Kerajaan Pakatan Harapan tidak sama sekali akan memperjuangkan ketuanan Melayu jelas menunjukkan beliau seorang Menteri muda yang liar, angkuh dan sombong.

Adakah sebagai anak muda, Syed Saddiq tidak sedar bahawa kita yang Melayu ini perlu sedar, darjat kita ini jauh dan tidak setaraf dengan Syed Saddiq kewujudan ketuanan rakyat tanpa kewujudan ketuanan Melayu di Malaysia bermakna penindasan golongan minoriti terhadap kaum majoriti.

Jika ini berlaku maka ia tiada beza dengan apa yang pernah berlaku sebelum tahun 1994 di negara Afrika Selatan seperti sistem aparteid.

Dan kerana itu jugalah, ia sebenarnya telah dibayar dengan harga yang cukup mahal oleh orang Melayu apabila mereka terpaksa menerima hakikat bahawa Tanah Melayu akan selama-lamanya berubah dari negara yang bersifat eka kaum kepada pelbagai kaum.

Orang Melayu pula tidak mempunyai pilihan di dalam soal ini. Sudahlah apabila golongan imigran di bawa masuk ke bumi Tanah Melayu orang Melayu tidak dirundingi, untuk memperoleh kemerdekaan mereka terpaksa pula menerima kerakyatan yang diberikan kepada kaum imigran.
Tetapi apalah keperluan untuk kita sebagai orang Melayu menceritakan semua ini kepada Syed Saddiq? Keturunan Arab dari susur galur Al-Sagoff yang memang tiada identiti dan nilai sebagai anak Melayu yang merupakan bangsa Arab dan bukan Melayu. Untuk pengetahuan umum, Bangsa Arab merupakan suatu bangsa yang sangat mementingkan susur galur keturunan.

Apa yang lebih mengecewakan, orang Melayu yang dipandang hina oleh Syed Saddiq inilah yang mengangkat beliau ke kedudukannya hari ini. Mereka inilah yang ditipu, diperdaya dan dimanipulasi dengan pelbagai janji dan tawaran manis yang keluar dari mulut beliau ketika
kempen PRU-14.

Maka berhentilah kita meletakkan harapan dan nasib bangsa kepada individu seperti Syed Saddiq. Dia bukan keturunan Melayu, dia keturunan Arab.

Kepada sahabat-sahabat di ARMADA BERSATU, sungguh mengecewakan dan memalukan kalian dipimpin oleh individu seperti ini.

Mana maruah ARMADA BERSATU saat keistimewaan dan hak sebagai orang Melayu mula dipertikaikan?

Saya juga suka untuk mengingatkan kepada Syed Saddiq, keturunan Syed walau mempunyai pertalian darah dengan Rasululallah, tetapi kalau pergi kelab malam, minum arak dan memperjuangkan LGBT, tetap menjijikan dan tidak layak bergelar seorang Syed.

Fikri Allaudin
Persatuan Pemikir Muda Johor

Related Articles

One Comment

  1. ASSALAMUALAIKUM SAYA MEMANG SETUJU DENGAN ARTICLE Fikri alauddin memang dia tak akan perjuangkan BANGSA MELAYU SEBAB DIA ARAB PATUTNYA KITA SURUH DIA BALIK ARAB DUDUK KAT SYRIA LAMA DAH DOK DALAM KUBOR ENTAH ENTAH KENA TEMBAK ATAU PANCUNG DI SANA KAN TAPI BILA TUHAN NAK UJI KITA ATAU DIA ( SERUPA FIRAUNLAH JADINYA) WALAUBAGAIMANA KEKEJAMAN YANG BAKAL DIBUAT DIA MAU INGAT BAHAWA KITA MASIH ADA TUHAN ALLAH HUATA’ALA BERDOALAH SEMUA KITA SEMOGA RANCANGAN YANG MENGGANGU GUGAT BANGSAKU DISELAMATKAN SEJAK DULU KINI DAN SELAMANYA

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker