UMNO tolak ratifikasi ICERD -Annuar

UMNO menolak sekeras-kerasnya hasrat kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk melaksanakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tahun depan.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa berkata, UMNO menyokong segala bentuk penentangan yang dilancarkan oleh parti-parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat keseluruhannya.

“Majlis Tertinggi UMNO akan berbincang lanjut tindakan yang bakal kita ambil untuk menyemarakkan penentangan ini.

“UMNO menganggap ratifikasi ini ‘ultra vires’ dan mencabul perlembagaan negara,” katanya dalam status Facebook miliknya hari ini.

Jumaat lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P. Waytha Moorthy mengesahkan kerajaan PH komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia termasuk ICERD pada suku pertama tahun depan.

Katanya, komitmen itu bukan hanya daripadanya sendiri, malah, daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof. – UTUSAN ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker