UMNO, Parti Itu Mungkin “Busuk” Tapi Ahli Parlimennya?…Wangi!

Entah sampai bila semua orang akan sedar/nampak, bahawa semua tekanan yang dikenakan terhadap UMNO dan pemimpinnya sekarang ini, sebenarnya adalah sebahagian dari pergelutan untuk mengukuhkan kuasa satu pihak dalam regim sedia ada.

Kalau busuk, biar dia busuk semua tapi sekarang, dalam busuk-busuk UMNO, ahli-ahli parlimennya, wangi pulak sehingga dialu-alukan untuk menyertai satu parti lain. Sepertinya harimau mengaum kuat, supaya tak nampak taring tengah patah satu persatu.

Sebab itu jangan hairan kenapa dari 4 parti utama dalam regim sedia ada, hanya satu parti ini sahaja ahli-ahli parlimen UMNO diminta untuk menyertai. Kenapa tak masuk lagi 3 parti tu kan?

Pada saya sendiri, persoalan kenapa wujud keadaan seperti ini sekalipun kuasa memerintah dah ada dalam tangan, tak sukar sangat untuk menjawabnya. Semua yang lain pun pada hemat saya, begitu juga. Kita semua tahu apa yang sedang berlaku.



Jadi kena cerdik sikit, jangan bodoh sangat.

Ini bukan seperti apa yang mereka mahu dilihat, kononnya UMNO dah takde harapan dan kerana itu ahli-ahli parlimennya perlu masuk parti lain – parti itu saja pulak. Nampak sangat ada orang sedang kelemasan sekarang dan ahli-ahli parlimen UMNO dilihat sebagai jalan keluarnya.

Setuju ke?



Related Articles

One Comment

  1. aku setuju dengan penulis…sekarang ini semasa jadi PM(boss), semua kena angguk setuju bila mahafiraun mahathir nak jambatan bengkok & kereta nasional ke 2…tujuan nakkan 40 ahli parlimen UMNO sebab mahafiraun mahathir nak terus jadi boss walaupun bekas penjenayah liwat dah jadi PM nanti…14 campur 40 jadi 54, maknanya ppbm ialah boss…juga maknanya nanti kalau mahafiraun mahathir & ppbm nak kerajaan PH bailout(antara satu contoh) mana2 syarikat kroni atau anaknya maka kerajaan kenalah buat…akan dibuat secara rahsia atau senyap2, duit petronas, khazanah atau 1MDB kan ada dah balik balik nanti

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker