Rahsia menjadi jutawan di usia 19 tahun

Munashraf Munawar merupakan pengasas kepada Biovet.

Rahsia menjadi jutawan di usia 19 tahun

Dunia perniagaan penuh liku dan halangan, bagaimanapun bagi Munashraf Munawar yang baru berusia 23 tahun, beliau telah menikmati status jutawan melalui kesungguhan dan keazaman yang tinggi.

Menerusi laporan New Straits Times, beliau bermula dengan menjual kasut pada usia 15 tahun sebelum mengasaskan Biovet, sebuah syarikat yang berkembang maju bernilai RM26 juta.



Perjalanan keusahawanan Munashraf bermula pada usia muda, di mana dia mendalami dunia dropshipping, mengimport kasut dari China dan memanfaatkan media sosial untuk berhubung dengan pelanggan.

Walaupun berdepan halangan, termasuk berehat panjang pada usia 17 tahun bagi memberi tumpuan kepada akademik, namun Munashraf pantang menyerah.

Selepas menamatkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau meneruskan usahanya dengan menceburi pelbagai bidang seperti jualan langsung dan perwakilan produk.

Sama ada menjual balang coklat di tepi jalan atau pelbagai produk yang berbeza, Munashraf berazam untuk mempertajam kemahiran pemasaran, jualan dan pengurusan perniagaannya.



Sementara yang lain berehat, dia sibuk mencari cara untuk meningkatkan pengetahuan keusahawanannya.

“Saya ada jualan terus, menjaja balang coklat di tepi jalan. Saya juga menjadi agen kerepek dan keju keropok. Apa sahaja yang ada untuk dijual, saya jual,” katanya.

Perjalanannya tidak lepas dari pelbagai cabaran, bagaimanapun, didorong oleh sokongan keluarga dan keinginan untuk memanfaatkan peluang pasaran, Munashraf mencipta produk haiwan di bawah nama Biovet.

Menyedari jurang dalam pasaran dan diilhamkan oleh isu kesihatan di kalangan haiwan peliharaan, Munashraf memperkenalkan barisan vitamin kucing Biovet.



Penyelidikan pasaran ditambah dengan keazaman yang tidak berbelah bahagi mendorong Biovet mencapai kejayaan yang luar biasa, dengan jualan hampir RM1 juta dalam tahun pertamanya.

Pada usia 19 tahun, Munashraf telah mencapai kejayaan yang luar biasa untuk mencapai status jutawan.

Sumbangannya kepada cukai pendapatan melebihi RM500,000 pada usia 21 tahun mengukuhkan lagi statusnya sebagai usahawan muda yang memberi impak ekonomi yang besar.

Munashraf merasa kejayaannya berlaku atas beberapa faktor, termasuk visi yang jelas, bersedia untuk belajar, tabah, dan sokongan tidak berbelah bahagi daripada keluarga dan pasukannya.



Memandang ke hadapan, Munashraf kekal teguh dalam cita-citanya untuk mengembangkan Biovet dan menjadikannya sebagai hospital veterinar terulung di Malaysia.

Kini selain daripada menguruskan perniagaan, beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang sambil memacu pertumbuhan syarikatnya. Vc

Rahsia menjadi jutawan di usia 19 tahun

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sheriff pecah rekod, sailang Mat Kilau

Aliff Aziz dengan Sarah Yasmine pulak?



‘Anak ikan’ resah

Sebab Syasya tinggalkan Dolla

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker