Zahid cadang gabungan baru.

Zahid cadang BN tukar nama baru

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan Barisan Nasional (BN) dijenamakan semula dengan nama baru sebagai langkah untuk menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi BN itu turut berharap PAS dapat menyertai dan mengukuhkan lagi gabungan baru itu.

Katanya, beliau menyerahkan urusan berkaitan penjenamaan semula BN kepada Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang turut bertanggungjawab mempelawa dan berbincang dengan PAS untuk menyertai gabungan itu.

“Saya cadangkan kita tukar nama BN. Gagasan pembangkang yang ada sekarang perlu diperkuatkan dengan kemasukan parti-parti yang baru supaya kita menawan balik kerajaan pada PRU15.

“Saya berikan tugas dan tanggungjawab ini kepada Nazri untuk menterjemahkan pelaksanaannya dalam tempoh terdekat ini dan kita harus mengorak langkah untuk menjadikan entiti baru ini sebagai parti pembangkang.

“Hasrat kita adalah mewujudkan 2 sistem parti bagi menyaingi parti-parti yang telah membentuk kerajaan setakat ini dan kaedah untuk melakukannya, saya akan berbincang dengan rakan-rakan presiden parti-parti teras dalam komponen.”

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Perhimpunan Agung MIC ke-72 hari ini yang turut dihadiri Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad dan bekas exco Selangor, Dr Halimah Ali.

Nazri diumumkan sebagai pengganti Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyandang jawatan setiausaha agung BN sejak 2009.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker