Ali Baba dan 40 Penyamun

Share


oleh Ab Jalil Backer

Datuk A Kadir Jasin mendakwa ada 40 orang ahli Parlimen UMNO memohon menyertai Bersatu.

Jika benar telah ada 40 orang ahli Parlimen UMNO hendak masuk Bersatu, semalam juga Tun Mahathir sudah umum besar-besaran kemasukan mereka.

Satu dunia sudah tahu Mahathir terdesak dan berusaha keras untuk dapatkan semua ahli Parlimen UMNO kecuali Najib Razak, Zahid Hamidi, Annuar Musa dan Azeez Rahim.

Jika pejabat Tun Daim di Menara Ilham boleh bercakap mungkin ia boleh memberitahu kita berapa ramai wakil rakyat UMNO yang telah dipujuk dan digertak. Namun rancangan ini masih buntu.

Minggu ini sudah beberapa kali beliau mempelawa ahli UMNO masuk Bersatu.

Pelik juga ketika mendakwa parti beliau bersih dan anti rasuah, mengapa mahu diambil ahli-ahli Parlimen UMNO yang beliau dakwa korup dan bersengkongkol dengan rasuah.

Penerimaan Mustapha Mohamad lagi pelik kerana beliau salah seorang Menteri kabinet Najib Razak yang sudah tentu terbabit dengan 1MDB secara tidak langsung.

Beberapa hari lalu Mahathir mencemuh dan menghina ahli dan penyokong UMNO yang tidak ada dalam kabinet sebagai penyokong kleptokrasi. Mereka ini juga yang menyokong beliau selama 22 tahun dihina begitu sahaja.

Lucunya hari ini beliau menerima bekas Menteri UMNO yang secara langsung terbabit dalam penentuan polisi kerajaan pimpinan Najib Razak.

Pemimpin dan penyokong Bersatu perlu berhenti menjadi munafik jika UMNO ini parti penyamun dan penyangak jangan terima sesiapapun ahli UMNO.

Namun sudah tentu ia tidak berlaku demikian kerana agenda Mahathir bukan agenda anti rasuah, Malaysia Baharu atau kepentingan rakyat.

Beliau perlu kuatkan Bersatu untuk kroni dan anak-anaknya sahaja.



2 thoughts on “Ali Baba dan 40 Penyamun

  • October 28, 2018 at 2:22 am
    Permalink

    mahafiraun mahathir tak nak siasat ke berapa juta ringgit mustapha mohamad & UMNO di Jeli(Kelantan) dapat peruntukan dari duit penyelewengan 1MDB untuk belanja PRU14? apakah mustapha mohamad akan berkata itu bukan duit 1MDB & maharfiraun mahathir akan sahkan bukan juga sebab mustapha mohamad telah masuk ppbm?

    ok lah, mahafiraun mahathir tak perlu siasat apatah lagi tanya…kita minta kit siang saja tanya & minta SPRM atau PDRM siasat tok pa(mustapha mohamad)

    Reply
  • October 28, 2018 at 2:37 am
    Permalink

    kadir jasin masih tidak boleh jawab soalan mengenai pegangan saham(30%) dalam Realmild

    bekas pengasas PPBM tanya 7 soalan ini tentang saham 30% Realmild (yg miliki TV3, NST dan MRCB) yang dipegang oleh A Kadir Jasin seperti berikut:

    “Saya mohon bertanya lanjut kepada Dato’ A. Kadir Jasin tentang soalan-soalan berikut:

    1. Dato’ bukan lah seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada tahun 2000, apakah perniagaan yang Dato’ jalankan pada ketika itu sehinggakan Dato boleh memegang begitu banyak wang untuk membeli 30% saham Realmild, kemudian menjualnya dengan jumlah keuntungan tertentu untuk diserahkan kepada UMNO?

    2. Adakah Dato memiliki sebarang perjanjian rasmi atau surat pelantikan rasmi yang memberi hak dan kuasa untuk Dato memegang begitu banyak wang untuk UMNO pada ketika itu?

    3. Bolehkah Dato’ beritahu dan tunjukkan di bahagian manakah dalam dokumen atau buku kewangan UMNO yang terkandungnya jumlah nilai saham Realmild yang Dato’ pegang untuk pihak UMNO tersebut?

    4. Siapakah nama individu di dalam UMNO pada ketika itu yang bertanggungjawab menerima serahan jumlah keuntungan penjualan semula 30% saham Realmild tersebut dari Dato’?

    5. Adakah Dato’ menerima sebarang imbuhan kewangan dari pihak UMNO sebagai balasan atas jasa baik Dato memegang wang yang begitu banyak bagi pihak UMNO?

    6. Sebagaimana yang Dato’ maklumkan kepada saya bahawa Dr Mahathir pada ketika itu memegang baki saham Realmild sebanyak 70%, adakah benar bahawa baki pegangan saham tersebut diserahkan kepada UMNO selepas beliau melepaskan jawatan Presiden UMNO? Jika ya, bolehkah jelaskan bagaimana baki saham Realmild tersebut diserahkan kepada UMNO?

    7. Mohon jelaskan kepada saya dengan terperinci bagaimanakah Dato’ dan Dr Mahathir pada ketika itu boleh memegang wang yang begitu banyak didalam akaun peribadi untuk pihak UMNO sedangkan DS Najib Razak tidak boleh berbuat demikian?”

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *