Saya tidak relevan atau Parlimen tidak relevan, tanya Najib

Share

Ketidakhadiran beberapa menteri dan timbalan menteri di Dewan Rakyat minggu ini mencetuskan persoalan sama ada Parlimen masih relevan atau tidak kepada mereka.

Isu itu dilontarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Ahli Parlimen DAP-Iskandar Puteri Lim Kit Siang berhubung fenomena ketidakhadiran menteri dan timbalan menteri di Dewan Rakyat.

Najib berkata, persoalan itu ditimbulkan berikutan alasan yang diberi oleh Kit Siang bahawa ketidakhadiran menteri ataupun timbalan menteri di Dewan Rakyat semasa beliau membahas pada hari Selasa kerana dia tidak lagi relevan.

“Keesokan hari, saya membalas Kit Siang bahawa saya tidak ada di Dewan Rakyat tetapi menteri-menteri dan timbalan mereka juga hilang.

“Pagi semalam saya juga tidak ada di Dewan, tetapi menteri-menteri PH tetap hilang. Soalan saya kepada Kit Siang ialah menteri-menteri PH anggap saya tidak relevan ataupun mereka anggap Parlimen tidak relevan?” Tanya Najib.

Selasa lalu ketika Najib membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) di Dewan Rakyat kerusi menteri dan timbalan menteri di hadapannya kosong. Suasana yang sama berulang pada Rabu dan semalam.-UTUSAN ONLINE

One thought on “Saya tidak relevan atau Parlimen tidak relevan, tanya Najib

  • October 26, 2018 at 18:07
    Permalink

    aku rasa akan dijadikan satu trend apabila kerjaaan PH melakukan sesuatu kebobrokan atau berlaku banyak rungutan masalah yang dihadapi rakyat, menteri2 PH akan sengaja menghilangkan diri(tidak hadir) untuk menjawab persoalan anggota parlimen dari pembangkang tentang sesuatu isu yang perlu dijelaskan ATAU PERLU TINDAKAN SEGERA DARI KEMENTERIAN(KERAJAAN)…dengan erti kata lain menteri & anggota parlimen PH terpaksa menjadikan parlimen tidak relevan kepada mereka demi untuk mengelak diri mereka dari terbeban memberi jawapan & penjelasan HALF PAST SIX

    menteri2 PH

    Reply

Leave a Reply