Nak Beritahu, 6 Tuduhan Baru, Takde Pun Berkaitan Mencuri Duit SatuMDB

Hari ini, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak didakwa dengan 6 tuduhan baru lagi. Turut menerima nasib yang sama ialah seorang bekas Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan.

Bukan niat mahu masuk campur urusan Mahkamah cuma nak memberitahu disini bahawa dari 6 pertuduhan itu – satu pun tidak berkaitan dengan mencuri wang dari syarikat SatuMDB. Kena dijelaskan perkara ini sebab faham sajalah, takut para uneducated pusing lain pulak.

Menariknya, dah berpuluh tuduhan, belum ada lagi (setakat ini) berkaitan dengan tuduhan mencuri wang dari syarikat berkenaan.

Padahal, itulah isunya dulu kenapa Najib ini perlu dijatuhkan kerana beliau konon pencuri, penyamun dan perompak tapi bila kuasa ditangan, regim Malaysia baru tidak jumpa (atau tahu tidak akan jumpa) dakwaan mencuri itu – sekalipun semua kuasa sudah ditangan mereka.

Dari banyak billion yang dituduh Najib ini mencurikannya, takkan RM 1 pun yang diambil tak boleh nak dibuktikan?

Ini yang nak kita hebahkan (tuduhan tak berkaitan mencuri), bukan pasal apa yang dituduh tu, perkara itu biarlah Mahkamah yang menentukan.

Jika ini berterusan, dari sudut politiknya rakyat sudah tentu akan hilang sabar dan keyakinan. Selepas ini kalau ada pun tuduhan mencuri itu, tiada siapa akan “ambil port”.

Sekarang pun dah ramai tak begitu rasa teruja bila dengar Najib di dakwa sebab isu pokok kenapa beliau patut dijatuhkan dulu, masih belum tiba.

Penyokong regim Malaysia baru dah kelam kabut nak cipta alasan kenapa selepas berbulan-bulan dan sekian banyak pertuduhan, belum ada lagi berkaitan dengan mencuri wang. Tak kurang ramai bagi alasan bangang-bangang, antaranya, sebab Jho Low belum dijumpa.

Hahaha..ini apa kena mengenanya?

Asasnya ada, sudahlah rasa ditipu bila 100% janji 100 hari pertama tak terlaksana (GST dihapuskan selepas 100 hari), sekarang rasa tertipu pula dengan tohmah dan fitnah Najib adalah pencuri wang rakyat.

Leave a Reply