Remy puji Puteri Sarah

Remy puji Puteri Sarah

Pelakon Remy Ishak memuji semangat dan ketabahan Puteri Sarah Liyana di lokasi penggambaran meskipun sedang berdepan pergolakan rumah tangga.

Remy yang menjalani penggambaran bersama Puteri Sarah menerusi drama bersiri Hijrah Jannah berkata, atas dasar simpati mereka yang terbabit dalam produksi itu memberi sokongan kepada Puteri Sarah dengan tidak memberi tekanan kepadanya.

“Setiap hari semua orang ada masalah yang akan dihadapi. Kadang-kadang dia (Puteri Sarah) perlu hadir ke mahkamah untuk menyelesaikan kesnya dan kami sangat memahami keadaannya itu.

“Mungkin satu hari nanti saya juga akan ada masalah. Jadi, saya memahami dan beri ruang kepadanya serta tidak memaksa.

“Ada masa bila tengok Puteri Sarah sedih dan tidak banyak cakap di lokasi, kami akan tanya sama ada okay ataupun tidak?

“Kami akan cuba kembalikan moodnya,” kata Remy.

Tambah pelakon filem Sangkar ini, isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof ini ada meminta pandangannya berhubung kemelut berlaku, namun lebih selesa mengambil sikap berkecuali.

“Puteri Sarah ada ajak bersembang dan meminta pandangan dan nasihat. Bagi saya, perkara ini sangat subjektf kerana lain orang, lain pula pandangannya.

“Saya hanya kongsi perkara yang baik yang boleh menguatkan dan menyatukan. Lagipun, saya belum pernah melalui situasi sebegitu,” pemilik nama sebenar Mohammad Zalimei Ishak ini.

Terdahulu, Remy ditemui pada sidang media dan tayangan perdana program Raya Astro 2023.

Sementara itu, berkongsi perasaan bakal bergelar bapa apabila isterinya, Ezza Yusof kini hamil lima bulan, pelakon berkulit hitam manis ini mengakui hatinya diselubungi pelbagai rasa.

“Perasaan saya ketika ini bercampur baur. Gembira, teruja dan pada masa sama, timbul pelbagai persoalan bolehkah kami menjadi ibu bapa terbaik.

“Bukan tak yakin, malah kami seronok. Cuma sebagai orang yang mengikuti perkembangan rakyat, Malaysia dan dunia, saya bimbang bagaimana mahu membesarkan anak-anak dalam situasi seperti hari ini.

“Justeru, saya banyak memerhati dan bertanya kepada rakan berpengalaman. Namun diakui, setiap orang ada cara masing-masing dalam mendidik anak,” kata Remy.

Masih belum mengetahui jantina anaknya, namun Remy berkongsi, nama yang bakal diberikan kepada bayinya itu boleh dikatakan unik dan menongkah arus.

“Selalunya saya lihat ramai ibu bapa memberikan nama anak berunsur Arab, tetapi mempunyai makna yang bagus.

“Saya pula mahu nama anak ada bunyi kemelayuan. Kalau kita ada nama dalam bahasa Melayu dan pada masa sama, mempunyai makna yang bagus, jadi apa salahnya guna nama itu,” ujarnya. BH

Remy puji Puteri Sarah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

One Comment

  1. Sebenarnya jadi pelakon dan artis bersama2 dgn artist lain berada dilokasi pengambaran sudah cukup mewujudkan ribut kecil dan rasa dingin terhadap suami dan rumahtangga apatah lagi sudah Lama tidak duduk sebumbung…wallaualam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker