Kertas pertuduhan hanya diterima 5 minit sebelum prosiding

Prosiding tangguh 30minit untuk teliti pertuduhan

Belum sempat pertuduhan dibacakan, peguam bela utama Datuk Seri Najib Tun Razak memohon penangguhan bagi meneliti pertuduhan anak guamnya.

Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah memohon demikian berikutan pihaknya hanya menerima enam kertas pertuduhan bekas Perdana Menteri itu, kira-kira lima minit sebelum prosiding bermula.

Tambahnya, beliau memerlukan masa untuk meneliti, berbincang dengan Najib dan mendapatkan arahan selanjutnya.

Pihak pendakwaan tidak membantah terhadap permohonan tersebut dan turut menyatakan tidak membantah sekiranya peguam bela bagi bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd. Irwan Serigar Abdullah ingin berbuat perkara sama.

Hakim Azman Ahmad membenarkan prosiding ditangguhkan selama 30 minit.

Utusan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker