Ekonomi makin malap : Pelabur menjauhi Malaysia

Umum mengetahui bahawa dengan pembatalan progek-projek besar seperti ECRL dan HSR membuatkan Malaysia semakin dijauhi pelabur kerana kurang yakin dengan kemampuan kerajaan sekarang dalam menguruskan hal ehwal ekonomi negara.

Perkara ini menjadi lebih teruk apabila kerajaan sendiri melaung-laungkan keadaan hutang negara amat teruk dengan hutang negara melebihi RM1 trillion walaupun tiada satu dokumen megatakannya. Malah dalam pembentangan kajian separuh penggal RMK11 juga menyatakan hutang negara Cuma RM686 billion.

China juga telah mengurangkan impot minyak kelapa sawit kita dengan begitu ketara dan beralih kepada negara jiran. Nilai matawang kita semakin merosot. Bursa Malaysia juga dalam keadaan lemah sekarang.

Pada 24 September lalu , Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya ke UK telah mengadakan pertemuan dengan pengeluar kereta elektrik Dyson dan menyatakan Dyson akan melabur di Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai hub pengeluar kereta elektrik bagi rantau ini.

Tetapi semalam kita dikejutkan apabila Perdana Menteri Singapura mengesahkan Dyson akan membuka kilangnya di republic itu.

Kenapa Dyson memilih Singapura berbanding Malaysia yang ternyata lebih murah bagi kos operasinya? Adakah ianya kerana mereka tidak yakin atau mempercayai dengan kerajaan Malaysia ?

Kita berharap jangan pulak selepas ini Arab Saudi menarik pelaburan mereka di negara ini gara-gara tweet seorang menteri yang memperkatakan dianya tidak suka dengan negara tersebut. Bayangkan jika Aramco menarik keluar pelaburannya di Rapid Pengerang.

Kita berharap agar kerajaan sekarang berhenti menyalahi dan bersifat dendam dengan kerajaan BN dahulu. PH sudah menang dan ini masanya untuk menunaikan janji serta bekerja bersungguh-sungguh untuk rakyat dan negara. Jangan rosakkan apa yang telah kita capai selama ini.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker