Takut dihantar ke sekolah, rupanya trauma dirogol bapa saudara

Takut dihantar ke sekolah, rupanya trauma dirogol bapa saudara

Papar: Curiga seorang ibu kerana anaknya enggan dihantar dan diambil ke sekolah oleh bapa saudaranya akhirnya terjawab apabila kanak-kanak itu membongkar perbuatan terkutuk lelaki terbabit yang merogolnya.

Kanak-kanak berusia 12 tahun mendedahkan kepada ibunya bahawa dia dirogol bapa saudaranya pada Ogos lalu, di dalam kenderaan milik suspek, di tepi jalan berhampiran Kampung Langsat, di sini.

Suspek berusia 57 tahun itu sebelum ini dipertanggungjawabkan untuk menghantar dan mengambil mangsa di sekolah.

Susulan itu, ibu mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar kelmarin.

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar membuat serbuan di sebuah kampung, di Papar kira-kira 2 petang semalam.

Katanya, hasil serbuan dan pemeriksaan dalam rumah berjaya menahan suspek terbabit dan turut dirampas adalah pakaian dan juga kenderaan milik suspek.

“Kejadian berlaku ketika suspek menjemput mangsa yang selesai sesi persekolahan.

“Ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, suspek merogol mangsa di dalam kereta kereta milik suspek di kawasan tepi jalan berhampiran Kampung Langsat.

“Selepas merogol mangsa, suspek menghantarnya pulang ke rumah seperti biasa,” katanya.

Kamaruddin berkata, suspek adalah adik-beradik kepada bapa mangsa dan suspek tinggal berhampiran dengan rumah mereka.

“Mangsa juga menyatakan perkara itu hanya berlaku sekali dan mangsa sudah dirujuk ke Hospital Wanita Dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Likas, untuk pemeriksaan lanjut.

“Suspek ditahan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan dan akan dipohon reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan,” katanya. HM

Takut dihantar ke sekolah, rupanya trauma dirogol bapa saudara

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ira Kazar kena lagi dengan netizen

Main suami orang, Shakilla Khoriri ajak wanita Terengganu untuk berjumpa

Pelajar maut, motosikal meletup rempuh lori buat pusingan U

Monyet cabul pelancong, lakukan oral seks ketika mangsa tidur

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker