Apa motif Hishammuddin mahu cari Jho Low

Tawaran bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk mencari dan membawa pulang ahli pernigaan kontroversi Low Taek Jho dari China bagi menyelesaikan kes 1MDB menimbulkan rasa kurang senang anggota parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN).

Anggota Parlimen Hang Tuah Jaya, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin berkata tindakan berkenaan boleh menimbulkan persepsi rakyat sama ada bekas pemimpin Umno mahu melepaskan diri dalam keadaan anggota parti itu kini disiasat berkaitan pentadbiran kerajaan BN terdahulu.

“Kita perlu mengkaji tawaran ini apakah sifatnya kerana kita sedia maklum sekarang ini ramai pemimpin Umno dibawa ke mahkamah dan dituduh atas kesalahan rasuah dan penyelewengan.

“Kita tidak mahu ada sebarang persepsi bahawa tawaran itu bertujuan untuk lepaskan diri dengan perkara-perkara yang bersangkutan dengan kerajaan yang lalu,” katanya kepada pemberita di lobi parlimen, hari ini.

Shamsul berkata demikian ketika mengulas kenyataan Hishammuddin semalam yang menawarkan diri mencari Jho Low sehingga ke lubang cacing.

Mengulas lanjut, Shamsul yang juga timbalan menteri industri utama, berkata tidak ada keperluan untuk Hishammddin menawarkan diri dalam keadaan kerajaan sudah mempunyai pihak yang ditugaskan untuk menjaga hubungan Malaysia dan China.

“Saya tidak nampak sebenarnya keperluan untuk perkara ini ditawarkan oleh beliau kerana kalau kita lihat hubungan negara dengan negara sudah pasti huhungan pihak keselamatan kita dengan pihak keselamatan negara china itu tentunya selari dengan hasrat kedua-dua pemimpin negara ini.

“Kalau nak digerakkan jentera keselamatan di sana bagi tujuan membantu kes ini sudah pasti negara kita boleh menghantar pasukan untuk menjejaki Jho Low dan tidak perlu kepada tawaran Hishamuddin cuma dalam konteks ini kita perlu mengkaji apa sebenarnya motif di sebalik tawaran tersebut,” katanya.

Sumber Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker