Pantun Noh Omar Buat Guan Eng ‘Panas’ Minta ‘Perlindungan’ Dari Speaker (Video)

Sejak sidang Dewan Rakyat bermula, ia seakan menjadi medan untuk kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan (PH) menuding segala kesalahan kepada kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional (BN) malah ada sahaja ‘auta’ yang cuba dijadikan ‘fakta’.

Tetapi apabila ahli Parlimen BN sedikit nakal mengusik, Ahli Parlimen kerajaan mula menunjukkan sikap ‘berjiwa sentimental’ dan cuba mendapatkan perlindungan daripada Speaker.

Ini terjadi apabila tindakan Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar menujukan pantun berbaur nasihat supaya kepada kewangan, Lim Guan Eng supaya menjawab dengan fakta dan jangan menipu.

Noh ketika mengajukan soalannya pada waktu pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat telah menujukan pantun berikut:

Bangun pagi terus bersenam,
Kaki sakit ubat disapu,
Soalan saya nombor enam,
Menteri jawab janganlah tipu.

Guan Eng yang ‘terasa’ dengan sindiran tersebut meminta Noh menarik semula pantun tersebut malah tindakan Guan Eng itu disokong oleh Speaker Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.

Noh: Itu pantun sahaja, tiada apa-apa

Guan Eng: Saya minta Yang Berhormat tarik balik

Speaker: Tarik balik Yang Berhormat

Noh: Itu pantun.

Kapar: Ini sudah sangkaan jahat. Tarik balik.

Noh: Itu nasihat. Saya boleh tarik, tapi Yang Berhormat jawab biarlah berfakta. Jangan mengelirukan dewan. – MediaUMNO
UMNO ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker