Zahid Patut Teruskan Tugas Seperti Biasa

Setakat artikel ini ditulis, sudah banyak pihak dalam UMNO seperti Badan Perhubungan UMNO Sabah dan UMNO Pulai, secara terbuka menyokong agar Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meneruskan tugas beliau seperti biasa selepas di dakwa dengan 45 pertuduhan di Mahkamah Jumaat lepas.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, kedua-dua pihak beranggapan pendakwaan yang dikenakan ke atas hanyalah bertujuan untuk melemahkan UMNO.  Malah, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Adam berpendapat, ada banyak persoalan dari kes ini kerana dalam masa yang sama, satu persatu kes berkaitan pemimpin regim Malaysia baru di Mahkamah yang digugurkan.

Sebab itu saya secara peribadi menyokong agar Zahid meneruskan tugas beliau kerana sekalipun saya tahu ada peraturan dalam perlembagaan UMNO yang mengatakan pemimpin perlu berehat dari tugasnya jika berhadapan pendakwaan di Mahkamah.

Peraturan itu pada hemat saya, dibuat kalau pemimpin UMNO berkenaan berhadapan dengan “kes yang asli”, sedangkan yang ini nampak macam ada udang di sebalik mee – merujuk kepada kenyataan dari UMNO Sabah dan Batu Pahat di atas.

UMNO pun tak harus berasa tertekan kalau membuat keputusan untuk membenarkan Zahid terus bertugas kerana ia berlaku kepada semua parti politik di negara ini.

Sepertinya bila seorang pemimpin parti roket berhadapan dengan pendakwaan kerana kes rasuah, dia juga tidak bercuti atau melepaskan jawatan sekalipun peraturan sama wujud di dalam partinya.

Lagipun selama ini, hanya pemimpin UMNO sahaja yang meletakkan jawatan bila di dakwa di Mahkamah seperti dalam kes Dr. Khir Toyo dulu, pemimpin parti politik lain takde pun nampaknya yang berbuat demikian. Sekarang masa kita menjadi seperti mereka, tidak ada salahnya.

Muhyiddin mula tugas sebagai PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker